Cadangan Pindaan Akta MARA 1966 Utamakan Pemerkasaan Tadbir Urus

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan sebanyak 70 peratus daripada cadangan pindaan Akta MARA 1966 memberi tumpuan kepada usaha memperkasa tadbir urus institusi itu agar lebih telus dan berintegriti. Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ini kerana penelitian terhadap akta itu mendapati wujud pemusatan kuasa yang besar kepada Pengerusi dan Ahli Majlis […]

» Read more

Di Sebalik Sambutan UMNO 80 Tahun, Tersirat Isyarat Politik dan Penyatuan Bangsa

SAMBUTAN ulang tahun UMNO ke-80 kali ini tidak sekadar menjadi acara memperingati sejarah sebuah parti politik terbesar orang Melayu. Ia hadir dengan simbolisme yang jauh lebih mendalam ketika berlangsung di Istana Besar Johor, sebuah lokasi yang membawa serta punya makna sejarah, tradisi dan hubungan panjang antara politik Melayu dengan institusi Raja-Raja Melayu. Pada awalnya ramai melihat keberangkatan Pemangku Sultan Johor, […]

» Read more

Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan

BEAUFORT, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan pentingnya pengukuhan parti di semua peringkat akar umbi sebagai teras utama dalam memastikan kelangsungan perjuangan UMNO, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau menekankan bahawa kekuatan UMNO selama lebih 80 tahun banyak bergantung kepada semangat perpaduan, keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman serta ketahanan menghadapi cabaran […]

» Read more

‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Penerangan UMNO Malaysia melaksanakan Kursus Kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) sebagai langkah memperkasa warga penerangan parti dalam memanfaatkan teknologi digital. Diadakan di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam, ia disertai oleh jentera penerangan bahagian untuk berkongsi penggunaan AI dalam menyebarkan maklumat berkenaan politik khidmat bakti parti. Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob pada […]

» Read more

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 13 Mei – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata UMNO terus relevan bersama generasi muda kerana sentiasa bergerak seiring dengan perubahan zaman serta memahami aspirasi anak muda masa kini. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran, golongan muda hari ini bukan sahaja mahu suara mereka didengari, malah mahukan peluang untuk terlibat secara langsung dalam membina masa depan […]

» Read more

Pahang Komited Realisasikan STRFP, 16,035 Lot Untuk Generasi Baharu FELDA

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang Datuk Amizar Abu Adam berkata kerajaan negeri komited merealisasikan Projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP) dengan memperuntukkan 16,035 lot untuk generasi baharu. Menurut Amizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri telah meluluskan cadangan penambahbaikan pelaksanaan STRFP. “Untuk makluman, […]

» Read more

UMNO Ke-80: Memperkukuh Perjuangan, Mengangkat Harapan Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Damansara, Ali Amir Razali berpandangan sambutan 80 tahun harus menjadi titik memperbaharui tekad dalam mengangkat semula keyakinan rakyat terhadap UMNO sebagai parti yang stabil, matang dan berwibawa. Katanya ia juga perlu seiring dengan memperkukuh perpaduan dalaman di samping memperkemas gerak kerja bagi memastikan parti ini terus kekal relevan dalam menempuhi […]

» Read more

Bila Lidah Pemimpin Gagal Menjaga Maruah Sahabat Nabi

Isu yang melibatkan ucapan terhadap para sahabat Rasulullah SAW bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan, dipolitikkan atau dipertahankan secara membuta tuli atas nama kepartian. Ia menyentuh soal akidah, adab terhadap generasi terbaik umat Islam, serta penghormatan terhadap insan-insan yang dipilih Allah SWT untuk mendampingi Nabi Muhammad SAW dalam perjuangan menegakkan Islam. Apabila seorang tokoh agama atau ahli politik berbicara […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Kembali ke Tempat Sejarah Bermula

PADA 11 Mei 1946, di Istana Besar Johor, lahirlah sebuah gerakan yang menyatukan suara orang Melayu untuk mempertahankan maruah bangsa, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan masa depan Tanah Melayu. Daripada Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Onn Jaafar, tertubuhlah United Malays National Organisation — sebuah parti yang kemudiannya menjadi antara tunjang utama perjuangan menentang Malayan Union dan membuka jalan kepada kemerdekaan […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Terus Teguh Pertahan Maruah Bangsa, Negara – Haslinda Saleh

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Semangat perjuangan yang dibina sejak lapan dekad lalu perlu terus dipertahankan demi memastikan UMNO kekal menjadi wadah utama membela agama, bangsa dan tanah air. Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Saleh berkata, parti itu lahir dan dibina hasil daripada darah perjuangan, air mata rakyat dan semangat mempertahankan maruah bangsa. Menurutnya, sedari awal perjuangan menentang Malayan Union […]

» Read more
1 33 34 35 36 37 412