Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kluang, Datuk Md Jais Sarday menempelak dakwaan kononnya UMNO dan BN bertindak sebagai pengkhianat malah ia adalah tuduhan tidak berasas serta jelas bermotif politik untuk mengelirukan rakyat Johor. Ujarnya, realiti politik di Johor amat jelas apabila kerajaan negeri yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu adalah kerajaan BN sepenuhnya […]

» Read more

Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin menasihati rakyat Johor jangan mudah diperdaya dengan permainan persepsi politik. Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor berkata, ketika Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan kesediaan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) demi mempertahankan […]

» Read more

BN Johor Sedia Tanding 56 Kerusi DUN Demi Kestabilan, Dengar Suara Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bersedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang disifatkan sebagai manifestasi keyakinan terhadap kestabilan politik, pengalaman pentadbiran serta kemampuan kerajaan negeri dalam meneruskan agenda pembangunan Johor. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, pendirian yang dizahirkan oleh Pengerusi BN Johor merangkap […]

» Read more

Program Jiwa Murni Madani Bina Kefahaman Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Program Jiwa Murni Madani mampu memperkukuhkan hubungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat di samping membina kefahaman bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab bersama. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, ancaman pertahanan kini semakin kompleks termasuk melalui pendekatan hibrid. “Pada Ahad saya merasmikan Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan […]

» Read more

Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi Tepat Demi Kestabilan – Hasrunizah

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan menyambut baik dan menyokong spenuh kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang juga Exco Wanita UMNO berkata, pendirian tersebut merupakan satu […]

» Read more

Pelancaran Jentera R10 BN Labuan Jadi Pemangkin Gelombang Perjuangan

LABUAN, 18 Mei — Majlis Pelancaran Jentera R10 Barisan Nasional (BN) P166 WP Labuan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan membakar jiwa perjuangan seluruh jentera parti di pulau itu. Program yang menghimpunkan ahli, penyokong serta sukarelawan daripada pelbagai peringkat itu dilihat sebagai simbol perpaduan dan kesiapsiagaan jentera menghadapi cabaran politik akan datang demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN di Labuan. […]

» Read more

Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah menyifatkan pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mahu Barisan Nasional Johor bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai langkah matang dan memberi pilihan lebih terbuka kepada rakyat. Beliau yang juga […]

» Read more

HAWA Melaka Mahu Pasaran Gelap Vape Dibanteras Habis-Habisan – Haryaty

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah memandang serius perkembangan budaya vape yang semakin membimbangkan di negeri Melaka apabila gejala tersebut kini dilihat semakin rapat dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah moden, masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja serta peningkatan jenayah sosial yang meresahkan masyarakat. Menurut beliau, perkara itu semakin membimbangkan selepas […]

» Read more

Malaysia Perkukuh Kedudukan Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS – Mohamad Hasan

NEW DELHI, 16 Mei –  Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS berjaya mengukuhkan kedudukan negara dalam organisasi antara kerajaan itu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata ini sekali gus memperluas peranan Malaysia dalam memperjuangkan kerjasama pelbagai hala serta kepentingan negara-negara membangun di pentas global. Mohamad berkata antara perkara utama yang dibincangkan ialah kepentingan mengekalkan asas multilateralisme […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan belia agar terus menjadi pemacu utama pembangunan negara sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 yang bertemakan “Menggerak Belia”. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, anak muda hari ini memainkan peranan besar dalam mencorakkan masa depan Malaysia seiring perubahan dunia yang semakin pantas dan mencabar. Menurut […]

» Read more
1 32 33 34 35 36 412