COVID-19: Kerajaan Hari Ini Cukup Efisyen, Prihatin Keadaan Rakyat – Ramlan

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Askolani menyokong tindakan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini yang cukup efisyen dalam membantu permasalahan rakyat yang berdepan COVID 19. Katanya, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan inisiatif pengeluaran caruman akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini tentunya akan […]

» Read more

Puteri UMNO Terus Bantu Barisan Hadapan Tangani COVID 19 – Puteri Farhana

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara dibuat secara berterusan dengan sokongan pelbagai pihak terhadap mereka yang bertugas di barisan hadapan. Dalam hal ini, tidak ketinggalan, Pergerakan Puteri UMNO yang telah melancarkan dana kutipan bagi membantu mereka yang berdepan tugasan mencabar sebagai barisan hadapan menangani COVID-19 dan terkini Tabung Puteri UMNO COVID-19 […]

» Read more

Krisis COVID-19: Skim Bantuan, Insentif Kerajaan Persekutuan kepada Rakyat Malaysia

PENULARAN pandemik COVID-19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat, hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus tersebut di negara ini. Justeru, atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, kerajaan melalui Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinetnya mengumumkan beberapa insentif serta skim bantuan untuk rakyat. 1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula […]

» Read more

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan, Rakyat Perlu Ambil Pengajaran Negara Lain Yang Terkesan Teruk – Najib

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat Malaysia agar memahami dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara-negara lain mengenai penularan virus COVID-19. Katanya, semua rakyat mesti terus ambil serius Perintah Kawalan Pergerakan, berikutan tiada pilihan untuk mengekangnya kerana peluang hanya sekali sahaja. “Kita perlu memberi kerjasama penuh dengan […]

» Read more

Pematuhan Rakyat Seruan ‘Duduk Di Rumah’ Dijangka Lebih Baik Hari Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Jika hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan tahap pematuhan perintah tersebut tersangatlah rendah, namun memasuki hari kelima hari ini orang ramai dijangka lebih memahami tuntutan mengehadkan pergerakan masing-masing. Apa tidaknya, bermula 12.01 tengah malam tadi, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan bagi membantu pihak polis memantau pematuhan perintah tersebut bagi memastikan rakyat berada di […]

» Read more

COVID-19: Dua Beranak Antara Empat Kes Kematian Terbaru, Lapan Kematian

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Dua beranak merupakan antara empat kematian terbaru akibat COVID-19, yang menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia setakat ini ialah lapan orang. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian kelima melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 79 tahun yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre, Sarawak pada 16 Mac setelah mengalami demam […]

» Read more

Elok Kita Terus Terang: Tindakan Ekonomi Belum Mencukupi; Pertimbang Subsidi Gaji – Shahril

BUKAN niat saya asyik ulang perkara sama atau terlalu dramatis. Tetapi elok kita berterus terang dalam situasi luar biasa ini: sejujurnya saya benar-benar risau bahawa ruang tindakan ekonomi kita berdepan situasi Covid-19, semakin tipis. Kalau lambat, kita mungkin sesal kelak apabila ruang pilihan menjadi lebih kecil. 1) 11 Mac di Astro Awani saya tekankan keperluan bantuan tunai besar-besaran. 18 Mac […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: Khidmat Tentera Akan Digunakan Bermula Ahad

PUTRAJAYA, 20 Mac – Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. “Kita harap […]

» Read more

Hari Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan: Diharap Lebih Ramai Duduk Di Rumah

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ketiga hari ini dan diharap orang ramai lebih akur dengan arahan itu bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini. Selepas hari pertama dengan hanya kira-kira 60 peratus yang mengikuti arahan itu, tindakan segera telah diambil pihak penguatkuasaan terutama polis dengan mengadakan sekatan jalan raya dan memberi nasihat kepada orang […]

» Read more

Sedia Panggil Semula Pesara Doktor Sekiranya Kes COVID-19 Meningkat Mendadak – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara. […]

» Read more
1 319 320 321 322 323 413