Krisis COVID-19: Skim Bantuan, Insentif Kerajaan Persekutuan kepada Rakyat Malaysia

PENULARAN pandemik COVID-19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat, hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus tersebut di negara ini.

Justeru, atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, kerajaan melalui Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinetnya mengumumkan beberapa insentif serta skim bantuan untuk rakyat.

1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.

Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

3. MARA tangguh bayaran pinjaman pelajar dan perniagaan selama 3 bulan.

Diskaun khas penyewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis MARA.

4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.

Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan.

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.

Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak.

7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL, diumumkan oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.

8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai.

Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman.

Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital.

Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul.

Income Tahunan Kerajaan = RM280Billion+
Hutang Kerajaan = RM800Billion+
Rezab Kerajaan = RM2Trillion+

#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.