Puteri UMNO Terus Bantu Barisan Hadapan Tangani COVID 19 – Puteri Farhana

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara dibuat secara berterusan dengan sokongan pelbagai pihak terhadap mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Dalam hal ini, tidak ketinggalan, Pergerakan Puteri UMNO yang telah melancarkan dana kutipan bagi membantu mereka yang berdepan tugasan mencabar sebagai barisan hadapan menangani COVID-19 dan terkini Tabung Puteri UMNO COVID-19 telah berjaya mengumpulkan dana sumbangan sebanyak RM38,125.

Ketua Biro Aktivisme Puteri UMNO, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani berkata, rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengekang penularan COVID-19.

“Alhamdulillah… Dana Sokongan COVID-19 kami telah mengumpul sebanyak RM38,125. Untuk makluman kami telah membuat penghantaran ke klinik-klinik kesihatan yang sama-sama membantu menangani wabak COVID-19 ini.

“Insya-Allah pada minggu ini, lebih banyak hospital di luar negeri yang akan kami bantu dan beri sokongan. Kami juga akan terus ‘update’ di media sosial bagi makluman anda semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Puteri Farhana lagi, selain bantuan berbentuk makanan, Puteri UMNO mendapat permintaan dari hospital-hospital untuk menghantar bantuan seperti face mask, sanitizer, portable Ac dan sebagainya.

“ InsyaAllah… Puteri UMNO akan mencuba sedaya upaya untuk membantu setakat mana yang kami mampu.

“Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda, kami sangat terharu dan besar hati menerima setiap sumbangan dari anda. Insya-Allah dengan setiap sumbangan, kami dapat menyalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan sewajarnya,” katanya lagi.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:
SupportFundCovid19.
BANK KERJASAMA RAKYAT, 1100 7100 6115
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.