Ahmad Zahid Hargai Peranan Wartawan Sempena HAWANA 2026

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, sambil mengiktiraf peranan besar wartawan dalam memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat, sahih dan bertanggungjawab. Dalam perutusan sempena HAWANA 2026 di laman Facebooknya, beliau yang juga Presiden UMNO berkata tugas wartawan pada masa […]

» Read more

UMNO Negeri Sembilan Hargai Peranan Media Sempena HAWANA 2026

SEREMBAN, 29 Mei – UMNO Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga media tanah air sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang diraikan pada 29 Mei setiap tahun. Menurut kenyataan UMNO Negeri Sembilan di facebook, tarikh tersebut mempunyai makna yang cukup besar dalam sejarah kewartawanan negara apabila akhbar Utusan Melayu mula diterbitkan pada 29 Mei […]

» Read more

TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Mei – TVET bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan kekal komited memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara […]

» Read more

Bangsa Johor Wajar Kekalkan Kestabilan, Tolak Eksperimen Politik

LEDANG, 28 Mei – Rakyat Johor diseru supaya terus mengekalkan kestabilan politik dan tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 sebagai medan eksperimen politik yang boleh menjejaskan pembangunan serta masa depan negeri. Ahli Dewan Negeri (ADN) Gambir, Sahrihan Jani berkata, sejak Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Johor pada tahun 2022, negeri itu berjaya ditadbir dengan amanah serta memberi fokus […]

» Read more

Jangan Sampai Tanah Ini Hilang Maruah Kerana Kita Sendiri

SEJAK akhir-akhir ini, rakyat semakin melihat keberanian segelintir pihak mempertikaikan perkara-perkara asas yang sekian lama menjadi tunjang negara. Agama Islam dipersenda secara terbuka, institusi Raja-Raja dipandang ringan, hak Melayu Bumiputera dipersoal tanpa adab, dan Perlembagaan pula mahu ditafsir mengikut selera politik tertentu. Lebih mendukacitakan, semua ini berlaku ketika sebahagian pemimpin memilih untuk diam, tunduk atau bermain selamat demi kuasa. Malaysia […]

» Read more

“Ugut Budak-Budak”… Kenyataan Dangkal, Perlekeh Angkat Suara Rakyat – Hasrunizah

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan membidas kenyataan pihak yang mendakwa ketegasan kepimpinan Johor sebagai “ugut oleh budak-budak”, sambil menyifatkan kenyataan itu dangkal, sinis dan memperlekeh suara rakyat negeri ini. Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia menjelaskan, kenyataan tersebut jelas menunjukkan ada pihak mula gelisah apabila kepimpinan Johor tampil lantang mempertahankan […]

» Read more

UMNO Sentiasa Bersama Anak Muda, Penentu Masa Depan Negara – Nurul Amirah

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka, Nurul Amirah Mohd Yusof menegaskan perjuangan UMNO tidak boleh hanya tertumpu kepada politik semata-mata, sebaliknya mesti diterjemahkan melalui tindakan nyata dalam membantu anak muda membina masa depan yang lebih baik. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bengkel Teknik Menjawab MUET bersama pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin. […]

» Read more

UMNO Perlu Pelopori Agenda AI Demi Masa Depan Melayu dan Bumiputera – Tengku Azman

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO perlu mempelopori agenda kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan dalam arus perubahan ekonomi dunia yang semakin dipacu teknologi. Ketua UMNO Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, masih ramai masyarakat yang menganggap AI sekadar hiburan sedangkan teknologi tersebut kini sedang mengubah landskap pekerjaan secara drastik. Menurut beliau, […]

» Read more

Khidmat Bakti ADUN Kota Diteruskan, Fokus Agenda Kebajikan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Suhaimi Aini meneruskan khidmat bakti di kawasan dengan menyantuni penduduk di kawasan. Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau memaklumkan menziarahi sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan beberapa minggu lalu. “Selepas keluarga ini selesai rawatan dan pulang dari hospital, baru berkesempatan menziarahi Shikin bersama tiga beranak yang terlibat dalam kemalangan […]

» Read more

Bantuan Kasih Johor Bukan Bahan Untuk Dipolitikkan – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 25 Mei — Program Bantuan Kasih Johor tidak seharusnya dijadikan bahan politik sempit atau medan menyerang usaha kerajaan negeri membantu rakyat, tegas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Menurut beliau, kritikan berhubung isu “photo ops” ketika agihan bantuan kepada warga emas dilihat tidak adil kerana pendekatan sama turut dilakukan pemimpin lain namun tidak dipersoalkan. “Teguran […]

» Read more
1 29 30 31 32 33 412