MN 2.0: ‘Keikhlasan Pas Atau Sekadar Retorik Menjelang PRN?’

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Naib Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Johor, Muhammad Taufiq Abd Hamid mempersoal kesungguhan dan keikhlasan Pas untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Ledang berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya selepas Johor menikmati kestabilan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). “Rakyat masih ingat […]

» Read more

Kembalinya Alwiyah Talib Perkukuh UMNO, Keyakinan Terhadap Rumah Bangsa

KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO mengalu-alukan keputusan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib yang kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta, semalam. Pengerusi Sekretariat Biro Tugas-Tugas Khas Wanita UMNO Malaysia merangkap Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Waheedah Faruz Telahah […]

» Read more

Melaka Catat Pelaburan Tertinggi Dalam Tempoh Dua Dekad

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Melaka kini melakar sejarah baharu apabila mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam tempoh dua dekad, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa pencapaian tersebut adalah hasil daripada kestabilan dasar, kejelasan hala tuju dan kesungguhan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. “Alhamdulillah, hasil daripada kestabilan dasar, kejelasan hala tuju […]

» Read more

Malaysia Terus Runding Tarif AS, Pertahan Pendirian Dalam Siasatan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Malaysia terus berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pelaksanaan tarif timbal balas dan langkah perdagangan lain susulan perkembangan terkini dalam dasar perdagangan negara itu. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Malaysia kini berdepan beberapa tindakan perdagangan yang dilaksanakan AS menerusi pelbagai peruntukan undang-undang negara berkenaan. Beliau berkata, di bawah Akta […]

» Read more

Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) merupakan amanah untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran Bangsa Johor terpelihara. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Kulai memaklumkan telah mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik BN bahagian pada Rabu malam. “Alhamdulillah,saya telah mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik BN […]

» Read more

KKDW Perlu Beralih Kepada Budaya Berimpak, Akauntabiliti – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 4 Jun – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu beralih daripada budaya pematuhan proses semata-mata kepada budaya kerja berteraskan impak dan akauntabiliti bagi memastikan setiap dasar serta program benar-benar membawa perubahan kepada rakyat luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KKDW tidak boleh hanya menjadi […]

» Read more

Apabila Pengkritik BN Sendiri Mengakui Kekuatan Johor – Suraya

APA Yang Dilihat Bridget Welsh Tentang Johor Yang Gagal Dilihat Oleh Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu? Selama bertahun-tahun, Bridget Welsh dikenali sebagai antara pemerhati politik yang jarang memberikan kredit kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN). Sebab itu, apabila beliau sendiri mengakui kekuatan ekonomi Johor serta kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, persoalan yang timbul bukan lagi sama ada […]

» Read more

Konsep ‘Co-Existence’ Pastikan Makanan, Biodiversiti Bergerak Seiring

PUTRAJAYA, 4 Jun – Konsep ‘co-existence’ atau kewujudan bersama dilaksana bagi membolehkan sistem pengeluaran makanan dan biodiversiti bergerak seiring. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pendekatan itu bersifat realistik dan praktikal, sekali gus boleh dilaksanakan secara berkesan dalam sektor pertanian mahupun perladangan di negara ini. “Apa yang paling membanggakan, forum ini membuktikan bahawa konsep ‘co-existence’ bukan […]

» Read more

Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Politik yang semakin berubah dan berpecah pada masa kini memerlukan pengukuhan semula nilai-nilai asas negara berteraskan Rukun Negara bagi memastikan perpaduan rakyat terus terpelihara, kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman. Beliau berkata, perubahan landskap politik negara tidak seharusnya menghakis nilai dan prinsip yang menjadi asas pembentukan […]

» Read more

UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis

PADANG BESAR, 3 Jun – UMNO Bahagian Padang Besar berkeyakinan bahawa penubuhan Majlis Perbandaran Padang Besar (MPPB) mampu mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Perlis sekali gus mengimbangi pembangunan antara Kangar dan kawasan utara negeri. Ketuanya, Ruzaini Rais berkata, keperluan mewujudkan MPPB kini semakin mendesak susulan perkembangan pesat projek strategik seperti Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port […]

» Read more
1 27 28 29 30 31 412