Demi Rakyat… Johor Pilih Politik Stabil, Matang Dan Berani – Norshida

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Naib Ketua Wanita Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim menyifatkan landskap politik Johor hari ini semakin matang apabila rakyat mula menilai sesebuah kerajaan berdasarkan prestasi, kestabilan dan kemampuan mentadbir negeri secara konsisten. Menurut beliau, dalam suasana politik negara yang sering berubah-ubah, Johor kini muncul sebagai antara negeri yang mempunyai hala tuju pentadbiran […]

» Read more

Rafizi Gigih Alih Isu – Suraya Yaakob

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Tindakan Rafizi Ramli terus menyerang UMNO selepas meninggalkan PKR dilihat semakin memperlihatkan kegagalan beliau menerima realiti kekalahan politik sendiri. Bagi Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob, kenyataan Rafizi yang cuba menggambarkan UMNO sebagai punca ketegangan kaum dan agama hanyalah percubaan politik untuk mencari kambing hitam demi menutup kelemahan dirinya sendiri. Menurut beliau, naratif yang […]

» Read more

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh menegaskan bahawa gerakan untuk melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang baharu, malah pelbagai usaha telah dilakukan sejak sekian lama untuk menjatuhkan kekuatan perjuangan parti tersebut. Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, setiap kali diuji dengan pelbagai cabaran politik dan serangan persepsi, UMNO […]

» Read more

Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak

KRISIS politik Negeri Sembilan hari ini tidak lagi boleh dianggap sekadar salah faham politik biasa. Apa yang berlaku jelas berpunca daripada kegagalan Menteri Besar mengurus isu sensitif melibatkan Institusi Adat Perpatih sehingga keadaan menjadi semakin parah dan memecah-belahkan rakyat. Sejak awal, krisis ini sebenarnya boleh dikawal jika Menteri Besar bertindak lebih berhati-hati, matang dan memahami batas antara kuasa politik dengan […]

» Read more

Titah Sultan Dibahas Demi Rakyat, Bukan Dipolitikkan

PERSOALAN mengapa Titah Ucapan Sultan Selangor perlu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selalu menimbulkan tanda tanya, terutamanya kerana institusi diraja adalah institusi yang dihormati dan berkecuali daripada politik. Secara ringkasnya, perbahasan ini bukan bertujuan untuk mengkritik atau mempertikaikan Sultan, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada proses sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Berikut adalah sebab utama mengapa titah baginda […]

» Read more

Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan pertemuan dua hala bersama Grace Fu selaku menteri bertanggungjawab bagi Perdagangan Singapura sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan menerusi hantaran di laman Facebooknya bahawa pertemuan terbabit bagi membincangkan kerjasama ekonomi Malaysia-Singapura yang terus […]

» Read more

Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan strategi politik yang dibawa Dap dalam isu-isu berkaitan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baharu. Beliau berkata sebaliknya ia telah lama digunakan sebagai pendekatan untuk mencetuskan polemik. “Kita sudah lama memahami corak dan strategi politik Dap. Mereka tahu bahawa setiap kali isu […]

» Read more

UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,  Datuk Rais Yasin menyifatkan penubuhan UMNO Cawangan Krubong Heights sebagai satu perkembangan positif yang menggambarkan momentum berterusan parti di peringkat akar umbi. Menurut beliau, penubuhan cawangan baharu itu bukan sahaja mencerminkan keyakinan terhadap perjuangan UMNO, malah memperlihatkan semangat kebersamaan serta usaha memperluaskan lagi kekuatan organisasi parti di kawasan Tangga Batu. […]

» Read more

BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah lambang keterbukaan dan keyakinan parti terhadap sokongan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labis, Haslinda Salleh menegaskan, langkah tersebut dibuat demi memberi ruang kepada rakyat Johor bagi memilih secara lebih jelas, telus […]

» Read more
1 30 31 32 33 34 412