PRK Slim Sekali Lagi Akan Jadi Medan Buktikan Kesepakatan MN Terbaik – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sekali lagi akan menjadi medan untuk membukti dan merealisasikan kesepakatan Muafakat Nasional (MN) adalah yang terbaik. Jelas beliau, ini bertepatan dengan ‘tagline’ yang digunakan iaitu ‘Kekal Muafakat’ kerana muafakat itu membawa berkat dan membawa kemenangan lebih besar. […]

» Read more

Dewan Rakyat Lulus Usul Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 18 Mei lepas, dengan undian suara terbanyak. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju. Usul itu dibahaskan selama 10 hari mulai 14 Julai oleh 129 […]

» Read more

Caj Kuarantin Di ILA Dikurangkan Daripada RM150 Kepada RM100 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan telah bersetuju mengurangkan caj kuarantin yang dikenakan di Institut Latihan Awam (ILA) daripada RM150 kepada RM100 sehari bagi setiap individu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan telah menyemak semula kadar bayaran bagi pusat kuarantin selepas terdapat aduan mengenai individu yang dikuarantin di ILA terpaksa membayar kos yang […]

» Read more

UMNO Sabah Harap Bertanding Di DUN Baharu – Bung Moktar

SANDAKAN, 9 Ogos – UMNO Sabah mengharapkan peluang untuk bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jelasnya, terdapat beberapa kawasan seperti Sungai Manila dalam Parlimen Libaran merupakan kubu kuat UMNO dan berharap peluang untuk mengetengahkan calon daripada parti itu […]

» Read more

Mengukuhkan FELDA Demi Masa Depan Bangsa – Mohamad

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai kepentingan dan impak luar biasa dalam fabrik sosioekonomi Malaysia. Perkara ini digambarkan oleh Profesor Jeffrey Sachs, seorang tokoh ekonomi global, sebagai model pembasmian kemiskinan terbaik yang pernah beliau saksikan. Sememangnya FELDA adalah projek pembasmian kemiskinan yang paling berjaya, sistematik dan transformatif. Ia berjaya meningkatkan taraf sosial kira-kira 122,000 keluarga generasi pertama dengan membawa mereka […]

» Read more

Membudayakan Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Apabila tiada tanda-tanda bila akan berakhirnya pandemik COVID-19, nasihat terbaik kepada rakyat Malaysia bagi melindung diri masing-masing adalah meneruskan amalan pemakaian pelitup separuh muka apabila keluar rumah, kerap membasuh tangan dan mengamalkan jarak fizikal. Amalan normal baharu rakyat Malaysia ini telah pun diterapkan sebagai langkah mencegah penularan COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan 18 […]

» Read more

Mahathir Akan Tubuh Satu Lagi Parti Melayu, Layak Ditabal ‘Bapa Pemecah Belah Orang Melayu’ – Isham

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Petang ini Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengumumkan penubuhan parti baru, setelah mahkamah semalam mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu). Sehubungan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, Mahathir kini amat layak untuk ditabalkan sebagai ‘Bapa Pemecah Belah Orang-orang Melayu’. Ujarnya, parti baru Mahathir ini dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) […]

» Read more

Melaka Terima 18,000 Tempahan Hotel Sejak Pelaksanaan PKPP

ALOR GAJAH, 7 Ogos – Sektor pelancongan di Melaka menerima kira-kira 18,000 tempahan hotel di seluruh negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan mulai 10 Jun lepas. Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri menyasarkan lebih 25,000 tempahan hotel diterima di negeri ini sehingga Disember depan sekali gus ianya membantu merancakkan semula ekonomi pelancongan domestik. “Walaupun pintu […]

» Read more

100 Hari PN Dengan PH Ibarat Langit Dengan Bumi – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata, 100 hari kerajaan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) adalah sangat berbeza dengan 100 hari di bawah Pakatan Harapan (PH) di mana rakyat sudah dapat melihat dengan jelas kerajaan mana yang boleh membela nasib mereka. Jelas beliau, apa yang dilakukan oleh kepimpinan PN diterima baik oleh rakyat apatah […]

» Read more

Enggan Bayar Caj Kuarantin Atau Tandatangan LoU Akan Dihantar Terus Ke ILA – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Mereka yang pulang ke tanah air dan enggan membayar caj kuarantin atau menandatangani perjanjian pembayaran (LoU) akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) terlebih dahulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ILA adalah milik kerajaan dan penempatan individu terbabit boleh dilakukan tanpa pembayaran deposit terlebih dahulu, selain bertujuan mengelakkan […]

» Read more
1 300 301 302 303 304 413