Najib Tuntut Thomas Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Berhubung Kes Altantuya

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan baru-baru ini. Firma guaman Tetuan Shafee & Co, […]

» Read more

UMNO Rasional, Realistik… Sentiasa Pejuang Nasib Rakyat – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu sentiasa memberikan pandangan yang membina kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Katanya, UMNO juga sentiasa bersikap rasional serta mendokong langkah-langkah yang dilakukan kerajaan terutama sekali ketika negara berdepan pandemik COVID-19. “Isu darurat, kami beri sokongan supaya matlamat kerajaan bagi […]

» Read more

PKP: Kerajaan Tidak Akan Tutup Sepenuhnya Sektor Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Kerajaan hari ini memberi jaminan tidak akan menutup sepenuhnya sektor ekonomi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat yang hilang sumber pendapatan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil kerajaan bagi mengimbangi kelangsungan hidup dan kesihatan rakyat sekalipun ada desakan agar sektor ekonomi […]

» Read more

Kem PLKN Sri Ledang Akan Dijadikan PKRC Kedua Di Johor

JOHOR BAHRU, 31 Jan – Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang dekat Tangkak akan dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kedua di negeri ini, selepas PKRC di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang mula beroperasi hari ini. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ini sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif […]

» Read more

UMNO Kekal Relevan, Perjuangan Tidak Luntur – Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Jan – UMNO ternyata sebuah parti yang kekal relevan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah lama UMNO ‘dimuziumkan’ namun berbekalkan semangat ahli parti yang tidak berputus asa, parti ini kembali bangkit semula. “Jelasnya tidak, UMNO tidak mengalah. Panji-panjinya terus berkibar dengan semangat […]

» Read more

COVID-19: Ekonomi Atau Kebajikan Rakyat Penting? – Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Jan – UMNO menggesa kerajaan untuk membuat pilihan sama ada mahu menjaga kebajikan rakyat atau menjaga ekonomi negara. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah yang tepat perlu dilakukan kerajaan memandangkan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan. “Jangan sampai dek kerana mahukan ekonomi kekal berjalan, rakyat yang terkesan. Malah, lebih buruk jika kita tersilap langkah, […]

» Read more

Santuni Resmi Perjuangan UMNO, Prinsip Muafakat Demi Pembelaan Bangsa – Norliza

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim memohon agar ahli-ahli UMNO berilah sokongan pada parti dari tiang, alang hinggalah atapnya dan berhentilah membiakkan barah. Katanya, orang luar mungkin mahu melihat UMNO ini terkubur, maka janganlah kita yang di dalamnya pula yang sibuk menyiapkan kapan dan kerandanya kerana UMNO tidak sekali-kali akan terkubur. […]

» Read more

Pendirian Pemuda UMNO Pastikan Parti Tidak Berpecah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO berpendirian tidak akan menyebelahi mana-mana pihak di dalam UMNO yang didakwa terbahagi kepada dua kem, sebaliknya akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Kita tidak berada di mana-mana kluster (kem) tetapi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kita membuat penetapan kita sentiasa memastikan institusi […]

» Read more

Usah Tergesa-Gesa Melonggarkan PKP – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata rakyat Malaysia akan menjadi bimbang dan risau apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini dilonggarkan pada 4 Februari ini. Katanya, keputusan memberikan kelonggaran PKP ini seolah-olah tidak menunjukan kes COVID-19 ini berkurangan malahan semakin meningkat melebihi 2,000 kes sehari. “Tindakan pengumuman pelonggaran PKP tanggal 4 […]

» Read more

Tolak Agenda Peribadi, Semua Pihak Perlu Bergerak Seiring Kukuhkan Parti

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa berpandangan waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk sebarang agenda kepentingan peribadi kerana parti perlu diperkukuhkan dan menjadi lebih utuh dalam persediaan menempuhi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal mendatang. Ketuanya, Roshan Zaki Othman berkata lebih menyedihkan apabila tindakan pemimpin-pemimpin bahagian ini akan lebih mencalarkan imej UMNO di mata dan […]

» Read more
1 281 282 283 284 285 413