PRU15 – Perdana Menteri Doakan Keluarga Malaysia Selamat Sampai Ke Kampung Halaman

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung halaman dan tempat mengundi masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok. Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri mahu seluruh ahli Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. “Esok kita dah mengundi. […]

» Read more

PH Janji Bulan Bintang Tapi Tak Buat… Rakyat Teraniaya – Aminuddin

TAMBUN, 18 Nov – Pengundi dinasihati agar jangan terpengaruh dengan janji-janji manis dan bulan bintang sebagaimana yang terjadi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Hanafiah. Tegasnya, PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan tetapi banyak yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya gagal dipenuhi hingga menyebabkan rakyat teraniaya. Untuk rekod, PH […]

» Read more

‘Cukuplah Sekali Ditipu’… Dari ‘Chant’ Dapat Tempat Di Hati Khalayak Meriahkan Kempen BN

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Lagu ‘Cukuplah Sekali Ditipu’ yang menjadi tema kepada kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini semakin popular dan mendapat sambutan daripada para penyokong terutama sekali anak muda. Lagu yang ditulis oleh SM Amin, Saba dan Fariq Frequensi serta dilantunkan sendiri oleh Fariq Frequensi ini semakin mendapat tempat di hati para pendengar […]

» Read more

Alhamdulillah… Momentum BN Terus Meningkat, Usaha Sehingga Saat Akhir – Tok Nan

  KUALA PILAH, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan yakin sokongan pengundi kian meningkat dan berharap ianya akan berterusan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 Sabtu ini. Dalam pertemuannya bersama UMNO-Online, beliau turut berkongsi pandangan dan harapan agar masyarakat di Kuala Pilah membuat pilihan yang sebaiknya dengan memilih BN. “Alhamdulillah […]

» Read more

Habibah Yakin Pengundi Tanjung Karang Pilih BN

TANJUNG KARANG, 17 Nov – Berbaki dua hari lagi bagi Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tanjung Karang Datuk Habibah Mohd Yusof yakin pengundi di sini menyokong BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15. Ini kerana katanya pengundi semakin matang dan melihatnya sebagai pemimpin berkelayakan dalam membela nasib rakyat. “Saya melihat semakin hari penerimaan dan sokongan BN bertambah baik […]

» Read more

Dua Dekad Di Arena Politik Khidmat Bakti: Rakyat, Jentera Pasir Salak Tahu Komitmen Saya – Khairul Azwan

PASIR SALAK, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Salak, Khairul Azwan Harun percaya hanya pengundi dan jentera parti mengenali dirinya dalam menjalankan politik khidmat bakti kepada rakyat di kawasan ini. Katanya berbekalkan dua dekad perkhidmatan yang dicurahkan, hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama juga menjadi kekuatan kepada beliau bagi mengekalkan kemenangan parti di Pasir […]

» Read more

Khaled: Tiada Perbincangan BN, Gabungan Lain Untuk Bentuk Kerajaan

KOTA TINGGI, 16 Nov – Tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi berkata semua calon dan kepimpinan BN termasuk ‘Top 5’ parti ketika […]

» Read more

Undilah Berasaskan Ilmu Dan Fakta… Jangan Berasaskan Fitnah Dan Auta – Dr Asyraf

GERIK, 16 Nov – Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menjadi pengajaran apabila Pakatan Harapan (PH) memperdaya rakyat dengan janji-janji palsu dan bulan bintang tetapi setelah menjadi kerajaan, mereka gagal penuhi. Fitnah, manipulasi isu dan serangan berterusan menanamkan kebencian kepada Barisan Nasional (BN) menjadi mainan komponen PH yang terdiri daripada Dap, PKR, PPBM, Amanah dan Warisan. Ketidakcekapan PH mentadbir negara mengakibatkan […]

» Read more

Kita Mahu Selesaikan Masalah, Bukan Cari Salah – Calon BN Shah Alam

SHAH ALAM, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham  Abdul Jalil berkata tumpuannya di kawasan berkenaan adalah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mahu mencari salah. Justeru beliau berharap pengundi memberikan kepercayaan kepadanya Sabtu ini dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik demi warga Shah Alam. “Kita mahu selesaikan masalah dan bukannya cari salah sesiapa… siapa yang perlu […]

» Read more
1 202 203 204 205 206 411