Kita Mahu Selesaikan Masalah, Bukan Cari Salah – Calon BN Shah Alam

SHAH ALAM, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham  Abdul Jalil berkata tumpuannya di kawasan berkenaan adalah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mahu mencari salah.

Justeru beliau berharap pengundi memberikan kepercayaan kepadanya Sabtu ini dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik demi warga Shah Alam.

“Kita mahu selesaikan masalah dan bukannya cari salah sesiapa… siapa yang perlu dipersalah atau nak bangkitkan cerita lama. Kita buat kempen positif dan fokus kita adalah untuk selesaikan pelbagai masalah di Shah Alam hari ini.

“Masalah banjir, masalah air, masalah orang nak berniaga susah nak dapat permit dan pelbagai perkara lain. Jadi fokus saya adalah isu-isu setempat dan kita boleh bercakap isu-isi besar tetapi kita perlu selesaikan masalah di depan mata dahulu,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu beliau bersama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari  dan jentera setempat bertemu pengundi di Seksyen 13, di sini.

Isham seterusnya menambah BN penting untuk Selangor hari ini sebagai semak dan imbang demi kepentingan rakyat Selangor seluruhnya.

“Kerajaan negeri selesa sebab menang besar dan mereka dilihat tidak pedulikan rakyat. Bayangkan jika pada Sabtu ini rakyat beri kepercayaan kepada BN di Parlimen Shah Alam, ibu negeri Selangor…. boleh jadi semak imbang.

“Kalau ikut ‘track record’ pula, BN tidak seperti PH… wakil rakyatnya kejap melompat sana kejap melompat sini… menang dengan hasutan selepas itu tidak ‘service’ rakyat… apabila datang PRU, dah tahu rakyat marah pergi lompat tempat lain… memang tabiat mereka sebegitu,” ujarnya lagi – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.