Rakyat Kedah Mahu Pentadbiran Negeri Selari Dengan Persekutuan – Cikgu Non

BUKIT KAYU HITAM, 9 Ogos- Kempen ‘kalih bagi sama’ oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah menunjukkan gabungan itu mampu menguruskan negeri dengan lebih baik berbanding Perikatan Nasional (PN) jika diberikan mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad. Beliau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu […]

» Read more

Jahaya Yakin Sokongan Pengundi, Teruskan Kempen Hingga Saat Akhir

KUALA SELANGOR, 7 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Jahaya Ibrahim yakin bahawa pengundi akan memilih beliau sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Namun demikian, beliau memaklumkan tidak mengambil mudah malah akan meneruskan kempen dengan menggiatkan jentera parti hingga ke saat-saat akhir. “Keyakinan kepada pengundi, sokongan semakin […]

» Read more

Sambutan Rakyat Merbau Pulas Luar Biasa, Jauh Berbeza Masa PRU Lalu – Cikgu Madi

MERBAU PULAS, 7 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Datuk Asmadi Abu Talib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Madi berpandangan sambutan luar biasa terhadap kempen parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini jauh berbeza masa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Serai mengakui sangat gembira dengan perkembangan […]

» Read more

PRN: BN-PH Optimis Mampu Rampas Kedah, Kelantan Dan Terengganu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Umpama tujuh hari ‘tempoh percubaan percuma’ telah tamat, kini kempen pilihan raya negeri (PRN) beralih pada tahap ‘premium’, menyaksikan usaha perebutan tiga negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu semakin sengit menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini. Meskipun cabaran besar menanti gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dalam usaha […]

» Read more

Jangan Terpedaya Mainan Persepsi PN, PRN Tidak Gugat Keutuhan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

BALING, 5 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati pengundi-pengundi di enam negeri tidak terpengaruh dengan persepsi yang sering dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN). Katanya, sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, pihak mereka cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mempengaruhi kedudukan kerajaan pusat. “Banyak persepsi yang mengatakan […]

» Read more

PRN: Rakyat Makin Sedar 33 Tahun Pemerintahan Pas Tidak Bawa Sebarang Perubahan

KETEREH, 5 Ogos – Rakyat di negeri Kelantan semakin sedar akan kegagalan pemerintahan Pas di negeri tersebut selama 33 tahun yang tidak membawa apa-apa perubahan. Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Ahmad Deraman berkata beliau melihat sambutan luar biasa daripada orang-orang muda termasuklah para penyokong Pas yang sudah celik daripada segala retorik politik parti […]

» Read more

PRN: BN-PH Kelantan Kemuka 34 Tawaran, Berdasarkan Empat Teras Utama

KOTA BHARU, 5 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan telah mengisytiharkan 34 tawaran kepada rakyat di negeri itu berdasarkan kepada empat teras utama iaitu syiar Islam, ekonomi, pendidikan, wanita dan orang muda serta Perbadanan Kemajuan Kelantan utara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau merayu kepada para pengundi untuk memberikan kepercayaan […]

» Read more

Ada Udang Di Sebalik Batu… Pas Sebenarnya Yang Kaki Khianat – Puad

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa Pas yang sebenarnya kaki khianat. Dalam hal ini beliau mengibaratkan jika kahwin politik dengan Pas, pasti berakhir dengan perceraian. “Pas banyak lakukan perceraian politik. Tuan Ibrahim tuduh UMNO akan khianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa. Pas buka pekung sendiri. Pas tinggalkan […]

» Read more

Malaysia Di Landasan Tepat Tarik Lebih Banyak Pelaburan Berimpak Tinggi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Malaysia berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan usaha negara menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, seterusnya melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih baik. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau yakin insentif-insentif tersedia dan fokus yang diberikan kepada sektor-sektor utama mampu memacu sektor buruh, pendapatan isi rumah […]

» Read more

Perjumpaan Anwar Dengan MIC Jelas Kebersamaan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perjumpaan khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan MIC Kebangsaan hari ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada pertemuan itu, MIC juga menyatakan pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan serta menunjukkan […]

» Read more
1 177 178 179 180 181 407