Bung Moktar Minta Bahagian Dan Cawangan UMNO Lakukan Perancangan Rapi Dekati Pengundi Muda

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perancangan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing yang kadarnya setiap hari akan bertambah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaik saja pendafaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember […]

» Read more

Perak Pertingkat Pertumbuhan Ekonomi Bagi Rapatkan Jurang Dengan Negeri Terkaya

MANJUNG, 21 Ogos – Kerajaan Negeri Perak berusaha untuk memastikan ekonomi negeri terus diperkukuhkan agar jurang di antara Perak yang merupakan negeri berpendapatan rendah dengan negeri yang berpendapatan tinggi di negara ini dapat dikurangkan. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri akan mengembalikan semula momentum pertumbuhan di kesemua sektor ekonomi dan pada masa yang sama mewujudkan sumber pertumbuhan […]

» Read more

Mohd Zaidy Tekad Berkhidmat Sebaik-baiknya, Bawa Jeram Padang Seiring Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan penghargaan kepada rakyat Jeram Padang yang amat dekat dengannya setelah diberikan mandat dan kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Ini kerana katanya, rakyat di kawasan ini sudah dapat menerima Kerajaan Perpaduan yang berusaha memastikan kestabilan politik di tahap selesa. “Terima kasih […]

» Read more

Johari Tegas, Komited Dan Prihatin Rakyat

KUANTAN, 18 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Datuk Seri Johari Harun adalah seorang yang tegas, komited bekerja serta sangat prihatin dengan kebajikan rakyat dan rakan. Keperibadiannya menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai dan pemergian beliau dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang […]

» Read more

Pasca-PRN: UMNO/BN Perlu Berubah Ikut Selera Rakyat – Nurhisam

DUNGUN, 17 Ogos – Pendukung dan pejuang parti perlu melakukan perubahan terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) mengikut selera terkini rakyat untuk menarik semula sokongan mereka yang semakin terhakis pada ketika ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nurhisam Johari berkata, keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu wajar dihormati dan tindakan menuding jari kepada individu tertentu adalah tidak wajar. “Kita wajar […]

» Read more

UMNO Perak Sokong Ahmad Zahid Kekal Presiden

IPOH, 16 Ogos – UMNO Perak sebulat suara mempertahankan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal sebagai Presiden Umno ketika banyak pihak melihat beliau perlu dipertanggungjawabkan atas kekalahan banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata keputusan itu berdasarkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang berlangsung […]

» Read more

UMNO Perlu Bangkit, Demi Kelangsungan Masa Hadapan Parti – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berpandangan strategi baharu perlu digapai demi kelangsungan masa hadapan parti. Jelas beliau, ia perlu dilakukan bagi memberikan impak berterusan kepada perjuangan parti yang bukan sekadar mengejar jangka masa pendek. “Hakikat ini harus diamati terutamanya oleh pemimpin UMNO di Selangor. Jika keputusan PRN […]

» Read more

Pilih Parti Yang Berwibawa, Mampu Laksana Tadbir Urus Negeri – Jalaluddin

JELEBU, 11 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memilih parti yang berkemampuan dan berwibawa dalam melaksana tadbir urus negeri. Jelas beliau, ini kerana ia penting ke arah memacu pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. “Gunakan kesempatan dan peluang ini untuk memastikan kerajaan Negeri Sembilan […]

» Read more

Mohd Syahbuddin Mahu Jadikan DUN Galas Sebagai Contoh, Pentadbiran Selari Bawa Manfaat

GUA MUSANG, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai contoh kerana mempunyai kemudahan lengkap kerana selari dengan kerajaan pusat. Ini kerana katanya, rakyat di Negeri Kelantan khususnya telah menunjukkan penerimaan yang baik terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. […]

» Read more
1 175 176 177 178 179 407