Ada Udang Di Sebalik Batu… Pas Sebenarnya Yang Kaki Khianat – Puad

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa Pas yang sebenarnya kaki khianat.

Dalam hal ini beliau mengibaratkan jika kahwin politik dengan Pas, pasti berakhir dengan perceraian.

“Pas banyak lakukan perceraian politik. Tuan Ibrahim tuduh UMNO akan khianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa. Pas buka pekung sendiri. Pas tinggalkan Das, Semangat 46 dan Pakatan Rakyat.

“PAS suka main dua lawang. Mereka tanda tangan piagam Muafakat Nasional dengan UMNO, dalam masa sama mereka menyertai Perikatan Nasional (PN). Maka siapa khianat siapa?

“Tuan Ibrahim bagi contoh Perak. Dia kata UMNO jatuhkan Peja untuk jawatan MB. Tidakkah Pas terlibat? Kenapa tidak sentuh Kedah. Mukriz jatuh dan Pas dapat jawatan MB?”

Kata Dr Mohd Puad lagi, Tuan Ibrahim kecam UMNO kerana tarik sokongan dari Muhyiddin tapi Pas lagi suka Muhyiddin bunuh UMNO.

“Pas akan jadi parti Melayu tunggal. Ada udang di sebalik batu,” katanya lagi menerusi hantaran dalam laman Facebooknya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.