Sultan Selangor Gesa Hentikan Perbuatan Keluarkan Fatwa Secara Tidak Bertanggungjawab

SHAH ALAM, 12 Sept – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. Sultan Selangor bertitah ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab, dan ingatan baginda ini tidak bermaksud menyebelahi […]

» Read more

Malaysia Boleh Tarik Lebih Ramai Pelabur Susulan Peralihan Rantaian Bekalan Di Asia

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk menarik lebih ramai pelabur sekiranya negara ini memanfaatkan peralihan dalam rantaian bekalan di Asia apabila syarikat multinasional mempelbagaikan hab pengeluaran mereka di rantau ini. Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelbagai syarikat multinasional kini cuba memendekkan rantaian nilai masing-masing dan mempelbagaikan […]

» Read more

MITI Bekerjasama Dengan Pelbagai Kementerian Tambah Bilangan Pelajar STEM Bagi NIMP 2030 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian strategik untuk menambah bilangan pelajar sains, teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi memastikan kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030). Kementerian terbabit termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE), Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Menteri MITI, Tengku Datuk Seri […]

» Read more

Kajian Separuh Penggal RMK12 Dibentang Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Menurut takwim menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok (Selasa), diikuti jawapan oleh kementerian […]

» Read more

Sidang Khas Dewan Rakyat Bermula Isnin Ini Bentang Kajian Separuh Penggal RMK12

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bersidang enam hari bermula Isnin ini bakal tertumpu kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. KSP RMK12 itu disediakan bagi mengukur pencapaian pada 2021-2022, serta hala tuju 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira […]

» Read more

PRK: Sambutan Rakyat Menggalakkan, Tiada Unsur Boikot – Ahmad Maslan

PULAI, 8 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa akan berlaku boikot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Katanya, ini kerana beliau melihat sendiri sambutan yang menggalakkan daripada kalangan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. “Ada pandangan mengatakan bahawa akan ada […]

» Read more

PRK: SPR Jangka Peratusan Keluar Mengundi Lebih 70 Peratus

JOHOR BAHRU, 8 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia mengatasi peratusan keluar mengundi, iaitu lebih 60 peratus yang direkodkan dalam enam Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

Perangi Fitnah Pada Saat-saat Akhir Berkempen – Ahmad Maslan

BAKRI, 8 Sept – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan menasihati seluruh pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram agar memerangi fitnah oleh pihak tertentu dan menyalurkan informasi yang benar serta sahih kepada masyarakat. Ahmad berharap masyarakat bersama-sama bergerak bagi memerangi sebarang tohmahan, fitnah dan berita yang tidak betul pada saat-saat akhir […]

» Read more

PRK: Rakyat Pulai, Simpang Jeram Memilih Esok, Tentukan Wakil Rakyat Baharu

JOHOR BAHRU, 8 Sept – JOHOR BAHRU, 8 Sept – Selepas 14 hari tempoh berkempen yang berakhir pada tengah malam ini, seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok. Seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 […]

» Read more

Bung Bersyukur Keputusan Mahkamah, Kini Fokus Laksana Tugas Demi UMNO Dan Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui tempoh lima tahun turun naik mahkamah bersama isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bukanlah satu jangka masa yang singkat bagi menyelesaikan kes mahkamah beliau. Katanya banyak masa yang digunakan di sini, namun kini beliau mezahirkan rasa syukur, perjuangan akhirnya selesai selepas dibebaskan oleh […]

» Read more
1 173 174 175 176 177 411