PRN Sabah: PBRS Bertanding Lima Kerusi

KOTA KINABALU, 10 Sept – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), parti komponen Barisan Nasional (BN), akan bertanding di lima kawasan pada pilihan raya negeri ini. Presidennya Tan Sri Joseph Kurup berkata, kawasan-kawasan itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook. Calon-calonnya juga telah dikenal pasti iaitu Richard Kastum @ Mosinal (Matunggong), Yilson Yanggung (Tandek), Duanis Mogirong (Kadamaian), bekas pemain bola […]

» Read more

PH Musnahkan Pertumbuhan Ekonomi Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Pakatan Harapan (PH) telah memusnahkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah kerana banyak projek Barisan Nasional (BN) yang akan memberi manfaat kepada rakyat telah dihentikan. Jelas beliau, ini amat merugikan rakyat kerana projek yang dihentikan itu akan memberi impak limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. “Bila menang, […]

» Read more

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih… ‘Satu Pasukan’ Berdepan PRN Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 10 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan seluruh jentera parti daripada pelbagai peringkat agar mengukuhkan jalinan kerjasama dengan satu matlamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini. Menurut beliau untuk menang dalam PRN ini, semua pihak baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Bersatu serta rakan-rakan yang lain harus meletakkan […]

» Read more

Slogan Sabah Ubah Tak Bawa Apa-apa Makna… Warisan Gagal Utamakan Kebajikan

KOTA KINABALU, 10 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Papar, Jamal Nerubi berkata, Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal sebagai kerajaan kerana tidak mengutamakan kebajikan rakyat malahan banyak kerosakan yang mereka lakukan. Ujarnya, jika dilihat dari segi projek-projek tempatan banyak yang tidak dilaksana dan ekonomi rakyat terjejas khususnya dalam keadaan pandemik COVID-19. “Untuk COVID-19, yang kerajaan janjikan RM300 tapi tak ada, barang […]

» Read more

PRN Sabah: Pembahagian Kerusi UMNO, Bersatu Selesai, Senarai Calon Diumum

PUTRAJAYA, 10 Sept – Proses pembahagian kerusi antara UMNO dan Bersatu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah selesai dan ia akan diumumkan hari ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata UMNO dan Bersatu telah mencapai kata sepakat berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam proses rundingan yang berjalan dengan harmoni. […]

» Read more

PRN Sabah: PKR Tanding 14 Kerusi… Ada Juga Sekutu Semenanjung

KUALA LUMPUR, 9 Sept – “Ada juga sekutu dari Semenanjung rupanya….” Demikian bidas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkaitan pengumuman calon PKR untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini. Katanya, kedua-dua blok ada hubungkait dengan parti Semenanjung dan kedua-dua blok ada anggota parti negeri Sabah sahaja dan anggota parti nasional juga. “Jadi tak perlulah cuba menggambarkan seolah-olah pihak […]

» Read more

PRN Sabah: Slogan ‘Sabah Untuk Sabah’ Hanya Sedap Didengar…

KOTA KINABALU, 9 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, slogan ‘Sabah untuk Sabah’ hanyalah satu halwa telinga yang sedap didengar namun harus diingat, Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan dan sekiranya Sabah tidak ada kerjasama kuat dengan Persekutuan maka sudah pasti negeri terbabit tidak akan mampu menangani segala cabaran dalam mentadbir negeri. Maka jelas beliau, rakyat […]

» Read more

PRN Sabah: Bakal Calon Dinasihat Isi, Semak Borang Sebelum 12 Sept

KOTA KINABALU, 9 Sept – Bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dinasihatkan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang pencalonan, sebelum hari penamaan calon pada 12 Sept ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, semakan itu boleh dibuat dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri Sabah. Beliau […]

» Read more
1 89 90 91 92 93 430