PRN Sabah: PBRS Bertanding Lima Kerusi

KOTA KINABALU, 10 Sept – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), parti komponen Barisan Nasional (BN), akan bertanding di lima kawasan pada pilihan raya negeri ini.

Presidennya Tan Sri Joseph Kurup berkata, kawasan-kawasan itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook.

Calon-calonnya juga telah dikenal pasti iaitu Richard Kastum @ Mosinal (Matunggong), Yilson Yanggung (Tandek), Duanis Mogirong (Kadamaian), bekas pemain bola sepak Sabah Matusin Bowie (Tulid) dan Bonepes Been (Sook).

“PBRS telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan BN untuk bertanding di lima kawasan itu,” katanya dalam kenyataan media. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.