PRN Sabah: PKR Tanding 14 Kerusi… Ada Juga Sekutu Semenanjung

KUALA LUMPUR, 9 Sept – “Ada juga sekutu dari Semenanjung rupanya….”

Demikian bidas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkaitan pengumuman calon PKR untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Katanya, kedua-dua blok ada hubungkait dengan parti Semenanjung dan kedua-dua blok ada anggota parti negeri Sabah sahaja dan anggota parti nasional juga.

“Jadi tak perlulah cuba menggambarkan seolah-olah pihak blok Warisan lebih ‘tulen’ semangat kenegeriannya semata-mata untuk cuba meraih undi.

“Rakyat tidak lupa, sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu pun, ada Menteri Pusat dari Warisan. Termasuklah seorang Menteri yang seakan tidak endah ancaman penularan Covid-19 suatu ketika dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, untuk Barisan Nasional (BN) Sabah, autonomi telah diberikan oleh pusat dan autonomi ini termasuklah dalam pemilihan Ketua Menteri kelak jika menang iaitu bukan dilantik semata-mata dari Kuala Lumpur.

“BN menawarkan formula terbaik yang meraikan kedudukan istimewa Sabah dalam negara Malaysia disamping mengekalkan jalinan mesra dengan Semenanjung.

“Insya-Allah rakyat Sabah bijak menilai antara dua blok ini, bukan berasaskan tanggapan mudah, tetapi berasaskan siapa yang paling layak memimpin dan membawa kesejahteraan kepada rakyat Sabah.

“Barangkali itulah sentimen kenegerian positif yang sebenarnya,” katanya lagi dengan tanda palang
#RaduTatapRadu #UbahBalik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.