PRN Sabah: Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Kekal Terpakai

KOTA KINABALU, 23 Sept – Garis Panduan Pencegahan COVID-19 sepanjang urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang disiarkan pada 11 Sept lepas adalah kekal dan terpakai selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagaimanapun bagi kawasan Zon Merah, kempen rumah ke rumah perlu dikurangkan dan hanya seorang […]

» Read more

Anak Watan Sabah Di Semenanjung Pulanglah Mengundi… Kamu Penentu Kejayaan – Kumpulan Zero

KUALA LUMPUR, 23 Sept- Kumpulan Zero, juara Maharaja Lawak Mega 2014 yang berasal dari Sabah berharap agar peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dapat diubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang ada sekarang ini. Menurut abang kedua dalam kumpulan Zero ini, Sharif Kadir Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Sharif Zero, 30, mengharapkan agar pengundi-pengundi yang berada di Semenanjung dapat pulang […]

» Read more

PRN Sabah: Calon Muda Dan Muka Baru Di Tanjung Aru Ada Pakej Tersendiri – Ahmad Maslan

PUTATAN, 23 Sept – Calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee mempunyai  syarat yang lengkap serta telah dipenuhi pada Pilihan Negeri Sabah (PRN) dan terbaik untuk masyarakat setempat. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang turun berkempen di PDM sekitar Tanjung Aru, Selasa petang bersama calon DUN berkenaan berkata […]

» Read more

PRN Sabah: Pesakit COVID-19 Tidak Boleh Mengundi

PUTRAJAYA, 22 Sept – Pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini, demikian diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Beliau berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini memuktamadkan keputusan itu bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19. “Kita telah timbang. Mereka yang […]

» Read more

PRN Sabah: Ir Shahelmey Garis Tiga Impian Untuk DUN Tanjung Keramat

PUTATAN, 22 Sept – Calon muka baharu yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mempunyai impian yang tersendiri dengan melihat pelbagai potensi yang ada di kawasan tersebut dengan  menggariskan tiga perkara utama untuk masyarakat setempat. Calonnya, Ir Shahelmey Yahya berkata, perkara itu termasuklah usaha meningkatkan kualiti […]

» Read more

Kerajaan Warisan Sabah Jangan Cuba ‘Tumpang Semangkuk’ Berkaitan Moratorium – Ismail Sabri

LIBARAN, 22 Sept – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Sabah pimpinan Warisan jangan cuba untuk ‘tumpang semangkuk’ berkaitan pemberian moratorium kepada rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik COVID-19. Jelas Naib Presiden UMNO itu, segala bentuk bantuan termasuklah moratorium adalah idea daripada kerajaan persekutuan dan ia diberi kepada semua rakyat termasuklah di Sabah […]

» Read more

PRN Sabah: ATM Pertingkat Kawalan Keselamatan – Affendi

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertingkat kawalan keselamatan di Sabah bagi melancarkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan terdapat dakwaan mengenai kemasukan migran dari negara jiran ke negeri di bawah bayu itu. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ATM sentiasa bersiap sedia dalam sebarang situasi serta ancaman yang cuba mengganggu gugat kesejahteraan dan kedaulatan […]

» Read more

PRN Sabah: ESSCom Atur Gerak 10 Pasukan Khas DI ESSZone

LAHAD DATU, 22 Sept – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memberi jaminan keselamatan kepada pengundi dan orang ramai pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini. Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata sebanyak 10 pasukan khas ESSCom diatur gerak di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). “Semua (kawasan) udara, daratan dan perairan kita (pasukan keselamatan) jaga […]

» Read more

Terlalu Banyak Jasa BN Untuk Sabah, Jangan Tersilap Langkah… – Pengundi Tegar BN

TAWAU, 22 Sept. – Rakyat Sabah khususnya para pengundi diseru untuk terus memilih hanya calon Barisan Nasional (BN) menjelangnya hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sabah pada Sabtu ini. Bagi Oley Apna, 75, pengundi-pengundi perlu melihat BN secara keseluruhan apatah lagi telah terbukti bahawa jasa-jasa BN kepada Sabah terlalu banyak. “Memang banyak kemajuan-kemajuan yang telah dibawa oleh Barisan Nasional […]

» Read more
1 78 79 80 81 82 431