PRN Sabah: Calon Muda Dan Muka Baru Di Tanjung Aru Ada Pakej Tersendiri – Ahmad Maslan

PUTATAN, 23 Sept – Calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee mempunyai  syarat yang lengkap serta telah dipenuhi pada Pilihan Negeri Sabah (PRN) dan terbaik untuk masyarakat setempat.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang turun berkempen di PDM sekitar Tanjung Aru, Selasa petang bersama calon DUN berkenaan berkata antara lapan calon yang  bertanding untuk DUN berkenaan, Reduan seorang anak muda yang mempunyai pakej tersendiri.

Secara umumnya pula kata Ahmad, kerajaan Warisan ini kerajaan pembangkang dan kerajaan pembangkang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat sudah pasti pengundi perlu menumbangkan kerajaan yang ada hari ini pada Sabtu nanti.

‘’Masyarakat di DUN  ini khususnya memerlukan banyak lagi pembangunan serta di seluruh negeri Sabah dan kita ada Aku Janji dan di dalam Aku Janji berkenaan macam-macam yang dijanjikan dan disebutkan demi kepentingan rakyat Sabah itu sendiri.

‘’Ekonomi…kita ingin naikkan ekonomi yang jatuh merundum dan dari sudut peluang pekerjaan kita ingin tambahkan peluang-pelung pekerjaan untuk anak muda yang keluar kemahiran, yang keluar universiti, yang keluar sekolah dan sebagainya kita ingin beri peluang pekerjaan,’’ katanya.

Tambah Ahmad lagi di dalam Aku Janji berkenaan juga memberi tumpuan kepada sudut perniagaan yang mana melalui perniagaan mereka boleh berniaga dalam suasana ekonomi yang berkembang, supaya keuntungan yang diperolehi dimanfaatkan untuk membina kehidupan.

‘’Manakala pendidikan kita ingin anak-anak kita ini mempunyai pendidikan dan kemahiran yang tinggi kerana kita ingin hapuskan kemiskinan.  Satu lagi yang kita ingin tumpukan ialah projek-projek tertentu yang besar-besar untuk kembangkang ekonomi Sabah. Pan Borneo (Lebuhraya Pan Borneo) akan dipercepatkan dan disiapkan serta pelbagai projek lain yang tentunya akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

‘’Dalam aspek lain jalan-jalan yang bermasalah kita ingin selesaikan, air termasuk setinggan yang bermasalah kita juga ingin selesaikan. Perumahan yang bermasalah kita juga ingin selesaikan dan pelbagai yang lain demi manfaat rakyat Sabah keseluruhannya,’’ ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.