Anak Watan Sabah Di Semenanjung Pulanglah Mengundi… Kamu Penentu Kejayaan – Kumpulan Zero

KUALA LUMPUR, 23 Sept- Kumpulan Zero, juara Maharaja Lawak Mega 2014 yang berasal dari Sabah berharap agar peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dapat diubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang ada sekarang ini.

Menurut abang kedua dalam kumpulan Zero ini, Sharif Kadir Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Sharif Zero, 30, mengharapkan agar pengundi-pengundi yang berada di Semenanjung dapat pulang ke Sabah dan mengundi Barisan Nasional (BN).

“Kamulah yang semuanya penentu. Banyak juga remaja Sabah yang ada di Semenanjung ini, baliklah kamu… kita kasi tentu masa depan.

“Saya rasa sebelum-sebelum ini ramai yang telah diberikan janji-janji manis dan ramai yang telah diberikan harapan tetapi selepas kemenangan berpihak kepada mereka (Warisan), janji-janji itu saya rasa tak ditunaikan.

“Saya rasa kalau sudah berjanji itu harap ditunaikan seperti ruang pekerjaan, yang paling penting sekali di Sabah mereka hendak sangat berkerja di tempat sendiri,” katanya dalam satu temubual bersama Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tambah Sharif lagi, sebagai contoh peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan pembangunan, tetapi tiada malah sebaliknya ramai rakyat Sabah yang berkerja di Semenanjung.

Kumpulan tiga adik-beradik yang yang berasal dari Kampung Bahagia, Kudat, Sabah itu sinonim dengan ‘tagline’ “pantang mundur kecuali operasi”.

Manakal bagi adik bongsu, Sharif Kunal Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Atu Zero, 28, merasa kecewa dengan pimpinan Warisan yang selalu memberikan segala macam alasan kepada rakyatnya.

“Nasihat saya senang kalau dekat Semenanjung ini, duit RM50 warna biru dia sama, dekat Kudat, Kota Kinabalu, Sabah, duit biru warna pun sama. Tapi…kenapa kita tidak dapat sama rata? Sebab kita tidak berjuang dengan apa yang betul sekarang ini.

“Kerajaan sekarang ini BN yang memegang 63 tahun, tengok macamana Sabah, naik sana, naik sini, 22 bulan mereka pegang yang banyak apa? alasan! macamana?

“Saya minta orang-orang muda yang boleh mengundi, kita turun Sabah, kita balik dan kita ada kuasa untuk tukar. Bila kita sudah tukar macam-macam yang kita minta, insya-Allah… boleh dapat,” tegasnya – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.