Parlimen Sipitang Kekal Milik UMNO

KOTA KINABALU, 16 Okt – Kerusi Parlimen Sipitang kekal milik UMNO manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Sook masing-masing kekal milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan bantahan awal yang difailkan wakil rakyat UMNO, PBS dan PBRS terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon-calon Parti […]

» Baca lanjut

Dasar Kerajaan Yang ‘Flip Flop’ Punca Masalah Harga Dan Lambakan Sawit – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu kejatuhan harga kelapa sawit dan lambakan kelapa sawit yang berlaku di negara ini semenjak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurut beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ada menyebut di dalam parlimen bahawa […]

» Baca lanjut

Beberapa Perkara Dalam Kempen Anwar Tidak Sepatutnya Berlaku – ERC

PORT DICKSON, 12 Okt – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berpendapat beberapa perkara dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berlaku. Pengerusi jawatankuasa itu,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata antara perkara itu adalah majlis jamuan percuma, menteri berkempen dengan membuat janji serta kehadiran […]

» Baca lanjut

Hikayat Hapus Tol, Pekikkah Lagi Puchong Dan Simpang Renggam?

KUALA LUMPUR, 12 Okt – “Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita?”, soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sinis Najib dalam catatan di ‘facebook’nya itu secara jelas merujuk kepada tindakan calon Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu bagi kawasan […]

» Baca lanjut

UMNO Kini Perlu Tumpu Perhatian Kepada Penyusunan Parti Menuju PRU-15

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO kini perlu menumpukan perhatian kepada penyusunan parti serta mengatur Barisan Nasional (BN) baru serta membina harapan baru dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jelas beliau sebagai pembangkang, mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi di kala ini bukanlah satu perkara utama. “Hanya BN yang tidak mengikat Wakil […]

» Baca lanjut

Cukai Baru Dan Bajet 2019 Bakal Jadi Resipi Malapetaka Kepada Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Rakyat kini berada di situasi di mana Kerajaan menaikkan cukai tetapi mengurangkan bantuan rakyat, membuang pekerja di sektor awam dan menghilangkan kerja di sektor swasta, serta mencari alasan dan menyalahkan orang lain untuk segala permasalahan daripada mencari penyelesaian, kata Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil. Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Dr […]

» Baca lanjut

Rampas Rumah Rakyat : Kerajaan PH Patut Bantu, Cari Solusi – Rizalman

BANDAR TUN RAZAK, 5 Okt – Bekas Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Rizalman Mokhtar menyarankan tindakan merampas unit kediaman perumahan rakyat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlulah menjadi tindakan yang terakhir setelah segala faktor diambil kira. Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menghukum tetapi membantu rakyat kerana ramai di antara penghuni kediaman tersebut yang sememangnya perlu […]

» Baca lanjut

Jangan Terus Bernostalgia Dengan Kekalahan, PAU2018 Langkah UMNO Untuk Bangkit

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2018 sudah empat hari berlalu yang memperlihatkan perjalanan perhimpunan tersebut bukan sahaja lancar, meriah dan bersemangat namun penuh dengan saranan serta azimat untuk melihat UMNO bangkit semula. Bermula dengan persidangan sayap-sayap, ucapan dasar presiden dan perbahasan, kesemuanya menjurus kepada keazaman bukan sahaja memperkukuhkan semula parti yang dianggotai orang Melayu dan Bumiputera terbesar […]

» Baca lanjut

Kerajaan Yang Bertanggungjawab, Kerajaan Yang Jaga Kebajikan Rakyat – Syed Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Usaha kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) yang menyediakan segala macam bentuk bantuan kebajikan dan segala macam bentuk perkhidmatan untuk keselesaan rakyat adalah selaras dengan kehendak agama. Ini adalah kerana ia merupakan satu tanggungjawab kepimpinan untuk menjaga anak bangsa dan agama maka sudah tentu kepimpinan harus bertanggungjawab dan memberikan yang terbaik kepada rakyat, ujar wakil dari negeri […]

» Baca lanjut
1 400 401 402 403 404 411