Pendaftaran IPT Tangguh Serta Merta Ekoran Peningkatan COVID-19 Luar Jangka – Noraini

KUALA LUMPUR, 3 Okt. – Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta dan cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu, kata menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad. Dilaporkan, semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu COVID-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi […]

» Baca lanjut

Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Okt – Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan kes,” katanya pada sidang media […]

» Baca lanjut

Annuar Seru Ahli Politik Ketepikan Perebutan Kuasa, Tumpu Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini sekarang. “COVID-19 adalah satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly (jangan pandang ringan perkara ini) dan […]

» Baca lanjut

Wanita UMNO Tolak Unsur Sabotaj… Kesetiaan, Keikhlasan Pada Perjuangan Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan adalah prinsip utama yang didokong Wanita UMNO Malaysia. Justeru beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu yang berusaha memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan UMNO, apatah lagi pihak tertentu ini pasti kecewa di atas […]

» Baca lanjut

Utamakan Keselamatan Rakyat, Tangguhkan Hasrat Jadi PM – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa bakal Perdana Menteri (PM) dari Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menangguhkan hasratnya menjadi PM. Katanya, pertukaran PM ini secara tidak langsung boleh membawa pembubaran Parlimen, namun keadaan sekarang tidak mengizinkan kerana keselamatan rakyat lebih penting yang kini sedang berhadapan COVID-19. “Diharapkan bakal […]

» Baca lanjut

Pastikan Bebas COVID-19: Petugas UMNO Kelantan Inisiatif Kuarantin 14 Hari, Dua Ujian – Jazlan

KUALA LUMPUR, 2 Okt – UMNO Kelantan mengambil inisiatif dengan mengambil tindakan kuarantin selama 14 hari terhadap para petugas yang membantu kempen parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini. Pada masa yang sama menurut Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub petugas yang terlibat juga walaupun negatif pada ujian pertama, mereka akan turut mengambil ujian kedua sebelum tempoh kuarantin berakhir. […]

» Baca lanjut

Ahli Politik Perlu Utamakan Kesihatan Rakyat Berbanding Kepentingan Lain – Shahril

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyeru agar ahli politik untuk meletakkan kepentingan kesihatan rakyat negara ini sebagai perkara utama berbanding kepentingan politik terutamanya pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan menjelang Pilihan Raya Umum nanti. Katanya, rakyat tidak menyenangi situasi politik semasa ketika ini lebih-lebih lagi selepas peningkatan kes COVID-19 secara drastik. “Rakyat tidak suka […]

» Baca lanjut

Empat Lagi Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru di Selangor, Kluster Joo Hwa di Sabah, Kluster Selasih di Putrajaya dan Kluster Bah Ketil di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Meru dikenal pasti di Klang dengan kes indeks kluster itu (iaitu kes ke-11,148) melibatkan lelaki tempatan […]

» Baca lanjut

Hala Tuju Parti Diperhalusi Di Biro Politik Dan MT UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hala tuju parti pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincangkan di dalam Biro Politik UMNO. Katanya, ia juga akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kerana ia melibatkan soal yang cukup penting. “Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Ketika ini kita sedang […]

» Baca lanjut

Kembalikan UMNO Ke Landasan Sebenar… Kerjasama Politik Tidak Menguntungkan – Mohamad Hasan

Keputusan Pilihan Raya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah. Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS. Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan […]

» Baca lanjut
1 309 310 311 312 313 415