Sekretariat Khas, ‘War Room’ Diwujudkan Tangani Isu Tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Satu Sekretariat Khas telah diwujudkan sebagai pusat tumpuan utama untuk menangani isu tuntutan kumpulan Sulu dalam memastikan perbincangan dan penyelarasan yang lebih teratur, sistematik dan melibatkan semua pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan Sekretariat Khas yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 17 Feb lepas itu […]

» Baca lanjut

Mesyuarat Cawangan Seluruh Negara Lancar, Simbolik Perpaduan Aplikasi Tanggungjawab Dalam UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Mesyuarat Cawangan yang berlangsung di seluruh negara pada ketika ini berjalan lancar seperti kelaziman penganjurannya saban tahun. Sinonim dengan parti yang mendukung perpaduan dan demokrasi, ianya mendapat kerjasama yang baik daripada akar umbi yang hadir simbolik kepada komited serta tanggungjawab kepada parti keramat ini. Di Wilayah Persekutuan, bagi Bahagian Putrajaya komitmen sama dirasai bagi Cawangan […]

» Baca lanjut

Perkemas, Perkukuh UMNO Hadapi Cabaran Mendatang – Raime

KOTA KINABALU, 18 Feb – Akar umbi dan ahli UMNO Sabah disarankan untuk terus perkukuh jentera parti dalam usaha memperkemas persiapan cabaran politik akan datang. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, persidangan cawangan yang bermula 1 Februari lalu perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencari aspirasi baharu bagi memastikan parti keramat ini terus kekal relevan di mata rakyat. Beliau berkata, […]

» Baca lanjut

KKDW Sasar 1,000 Usahawan Sertai Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Feb – Program Pendigitalan Usahawan Desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan seramai 1,000 usahawan menyertainya pada tahun ini bagi mendigitalkan perniagaan mereka. Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun berkata sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan untuk memberi pendedahan kepada usahawan secara langsung dan praktikal di bawah enam modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian. Beliau berkata […]

» Baca lanjut

Ketepi Segala Sentimen Penyebab Perpecahan, Bersatu Padu Perkuat Parti

SHAH ALAM, 14 Feb – Ahli UMNO diseru untuk mengenepikan sebarang sentimen yang boleh menyebab perpecahan dalaman dan bersatu padu dalam mengendalikannya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, pada ketika ini parti mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi keupayaan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan. “UMNO pada ketika ini berpeluang untuk meningkatkan […]

» Baca lanjut

Pasukan Hospital Medan ATM Digerak Ke Turkiye Awal Pagi Jumaat – Mohamad Hasan

KOTA KINABALU, 9 Feb – Sepasukan Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerak ke Turkiye awal pagi esok untuk mewujudkan hospital medan susulan gempa bumi yang melanda negara itu tiga hari lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu selain kelengkapan termasuk tiga dewan […]

» Baca lanjut

Sekretariat Kerajaan Perpaduan Setuju Tubuh Struktur Pimpinan Baharu, Capai Kata Sepakat Bentuk Dasar Kerajaan

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat malam ini telah bersetuju untuk membentuk struktur pimpinan termasuk mewujudkan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, struktur pimpinan tersebut ditubuhkan untuk memastikan setiap dasar kerajaan dipersetujui secara […]

» Baca lanjut

70 Anggota Pasukan SMART Berlepas Ke Turkiye Untuk Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

SEPANG, 7 Feb – Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

» Baca lanjut

Gempa Bumi Turkiye: Asyraf Doakan Agar Urusan Pasukan SMART Dipermudahkan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendoakan agar segala urusan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dipermudahkan bagi membantu kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye. Beliau turut berharap agar mereka dapat pergi dan pulang dalam keadaan selamat. “Moga Allah permudahkan Pasukan SMART seramai 75 orang yang akan dihantar ke Turkiye […]

» Baca lanjut

Mahkamah Sepanyol Sahkan Pembatalan Stampa Sebagai Penimbang Tara Dalam Pertikaian Sulu

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengekalkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahkamah menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu (penuntut) terhadap pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang […]

» Baca lanjut
1 200 201 202 203 204 419