Mahkamah Batal Kemenangan Parlimen Kuala Terengganu, Terbukti Pas Rasuah Pengundi – Tengku Haphiz

KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Salah laku Pas dalam merasuah pengundi terutamanya di Terengganu telah terbukti kesahihannya apabila mahkamah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada minggu lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, penghujahan hakim bagi permohonan pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Parlimen Marang dan Kuala Terengganu cukup membuktikan berlakunya salah laku […]

» Baca lanjut

Kerajaan Cadang Bentang RUU Imuniti Negara Pada Sidang Parlimen Okt – Azalina

KOTA KINABALU, 4 Julai – Kerajaan bercadang membentangkan Rang Undang-Undang Imuniti Negara yang kini dalam peringkat dasar pada sidang Parlimen Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata undang-undang berkenaan akan mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, perkhidmatan berkesan kepada negara asing, menegakkan hak dan kepentingan pihak […]

» Baca lanjut

Perkhidmatan Bas Maraliner Bermula Di Samarahan Dan Santubong Bulan Ini – Zahid

KUCHING, 3 Julai – Penduduk di bahagian Samarahan dan Santubong akan menikmati perkhidmatan bas henti-henti Maraliner, sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) bermula bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata projek perintis itu akan menjadi pencetus perubahan dari segi kemudahan awam bagi penduduk setempat […]

» Baca lanjut

Kerjasama BN-PH: Rakyat Lebih Bijak Menilai Polemik Yang Sengaja Ditimbulkan PN

MARANG, 3 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin bahawa rakyat lebih bijak untuk menilai polemik yang sengaja ditimbulkan oleh Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, seusai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, negara tidak berkerajaan selama lima hari kerana […]

» Baca lanjut

Selamat Hari Raya Aidiladha, Zahid Ajak Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dengan mengajak untuk bersama hayati dan mengambil ibrah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS kepada Allah SWT. Katanya, kisah ini menjadi satu manifestasi ketaqwaan seisi keluarga yang mempamerkan ketabahan seorang ayah, kepatuhan seorang anak dan redhanya seorang […]

» Baca lanjut

Aminah Sumbang 24 Ekor Kerbau Korban Bagi Pelaksanaan Korban Parlimen Beaufort

BEAUFORT, 28 Jun – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching telah menyumbangkan sebanyak 24 ekor kerbau bagi pelaksanaan ibadah korban. Sumbangan kerbau terbabit yang mana dua daripadanya adalah daripada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) bakal diagih-agihkan kepada beberapa buah masjid dan […]

» Baca lanjut

Bersedia Seolah-olah PRU/PRN Diadakan Esok – Jeffery

LAHAD DATU, 28 Jun – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Noor Mohmed menggesa agar kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan empat peringkat di seluruh bahagian di negeri ini bersiap sedia seolah-olah Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan esok. Beliau mematik saranan yang sering diucapkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri […]

» Baca lanjut

Keputusan Mahkamah Belanda Buktikan Banyak Tidak Kena Dengan Award Kumpulan Sulu

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak tuntutan Kumpulan Sulu, mengukuhkan pendirian Malaysia bahawa banyak yang tidak kena mengenai kesemua award itu, kata peguam. Mahkamah itu hari ini menafikan permohonan Kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda. Mengulas mengenai keputusan bersejarah itu, peguam di Mahkamah […]

» Baca lanjut

Kemenangan Kes Tuntutan Sulu Suatu Kelegaan Rakyat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 28 Jun – Kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan Malaysia di Mahkmah Rayuan The Hague di Belanda dan Mahkamah Rayuan Paris di Perancis boleh menjadi pengakhir kepada segala usaha pihaktidak bertanggungjawab […]

» Baca lanjut
1 185 186 187 188 189 419