Mesyuarat Cawangan Manifestasi Kebangkitan, Rangka Strategi Beri Pendidikan Politik Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berpandangan mesyuarat Cawangan yang berlangsung pada ketika ini sebagai manifestasi kepada kerangka strategi dan kebangkitan parti. Katanya, ini simbolik dalam mengamalkan sikap inklusif dengan bekerjasama baik dengan anak-anak muda dalam memberi pendedahan kepada pengundi seawal usia 18 tahun ini yang sudah diberikan peluang menjalankan tanggungjawab dalam proses […]

» Baca lanjut

Terserah Kepada RoS Untuk Tentukan Keabsahan PAU 2022 – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 23 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan tertinggi parti itu. Beliau berkata laporan mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang perlu diabsahkan agar dapat menghentikan segala spekulasi […]

» Baca lanjut

Pasca PAU 2022: Keputusan Tepat, Elak Perpecahan Demi Keutamaan Masa Hadapan – Ali Syariati

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Majoriti perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu lalu menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, tahun ini. Presiden Persatuan Mahasiswa Machang Malaysia (PEMANCAR) Ali Syariati Abdul Wahab berkata keputusan tepat itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan ahli yang lebih teruk di dalam parti ini. “Perwakilan telah […]

» Baca lanjut

Ingat Amaran Tegas Presiden, Jangan Berpuak-puak Dan Merosakkan Parti – Abdul Mutalif

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim mengharapkan agar semua perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 terus beristiqamah dan mengikut lunas landasan yang betul. Katanya, bagi ahli UMNO yang mengkhianati parti ini bersedia menerima tindakan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak teragak-agak di dalam memberi tindakan kepada […]

» Baca lanjut

Pertandingan Jawatan Presiden: Ahmad Zahid Serah Perwakilan Tentukan

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan nanti, yang perlu diadakan sebelum 19 Mei ini. Ahmad Zahid berkata pelbagai pandangan telah dilontarkan berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, namun beliau yakin para perwakilan UMNO sudah […]

» Baca lanjut

Terus Bersatu Dan Kukuhkan Saf Selepas ini, Pesan Asyraf

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berharap seluruh institusi itu terus bersatu padu selepas ini dalam usaha memastikan bahtera yang akan melayari pelayaran mampu mendepani cabaran berkenaan dan akhirnya terus bangkit terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan seluruh rakyat. Beliau yang turut membuat pengumuman tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO selepas ini […]

» Baca lanjut

Rakyat Beri Isyarat Jelas Mahukan Parti Yang Bersih, Relevan Serta Kepimpinan Berintegriti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wanita UMNO Selangor berpandangan bahawa rakyat telah memberi isyarat yang sangat jelas bahawa negara ini memerlukan sebuah parti yang bersih, relevan serta kepimpinan yang berintegriti stabil demi masa depan dan kemakmuran bersama. Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim berkata ini adalah realistik dan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bangkit dan sedar untuk dilihat memikul […]

» Baca lanjut

Tolak Budaya Pentingkan Diri, Utamakan Institusi Parti – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahi parti khususnya Pemuda UMNO disaran agar menolak budaya yang mementingkan diri sendiri kerana ianya tidak memberi apa-apa kelebihan dan manfaat kepada UMNO sebaliknya bakal mendatangkan kemudaratan yang berpanjangan. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata pada masa yang sama politik naungan dan politik adu domba yang saling membenci antara satu sama lain perlu diketepikan […]

» Baca lanjut
1 58 59 60 61