Ingat Amaran Tegas Presiden, Jangan Berpuak-puak Dan Merosakkan Parti – Abdul Mutalif

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim mengharapkan agar semua perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 terus beristiqamah dan mengikut lunas landasan yang betul.

Katanya, bagi ahli UMNO yang mengkhianati parti ini bersedia menerima tindakan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak teragak-agak di dalam memberi tindakan kepada mereka yang melakukannya.

“Jangan berpuak-puak walaupun tahu ada ‘gunting dalam lipatan’, ada ‘si kitol-si kitol masih bermaharajalela’ tapi ingat amaran Presiden UMNO sebentar tadi cukup ‘loud and clear’ dan tidak teragak-agak untuk beri tindakan kepada anasir-anasir yang ingin merosakkan parti ini.

“’Now… it’s about move on and focus’, pastikan kesejahteraan rakyat dan juga kebajikan ahli parti harus diutamakan. Maka sekalung tahniah kepada Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan marilah bersama beliau menguatkan parti dan mensejahterakan rakyat demi agama, bangsa dan negara.

“Fikir dan lihatlah apa yang dilakukan dan dikorbankan selepas PRU 14 hinggga ke hari ini dan beliau (Presiden UMNO) telah mengutarakan ‘forget, forgive and move on’ dan fokus pada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kepada UMNO Online selepas ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tegasnya, ini menunjukkan bahawa Presiden melihat keseluruhan dan kesaksamaan dari segi parti BN.

“Kita telah menunjukkan kesetiaan dan penyatuan bersama demi perpaduan untuk kebajikan rakyat dan hari ini terbukti walaupun mempunyai 30 kerusi Parlimen tapi terdapat enam menteri dan timbalan menteri dari UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah masanya untuk mengukuhkan parti dan solidariti. Waima parti komponen BN pun diminta untuk bersama sepasukan menguatkan ekonomi,” jelas beliau.

Dalam masa yang sama kata Abdul Mutalif, apakah kewajaran digembar-gemburkan mengenai pemilihan terutama bagi jawatan presiden dan timbalan presiden

“Berikan ‘confirmation’ jika kita bertanding apakah matlamatnya? Kalau jika tidak bertanding apakah kebaikannya?

“Ini lebih kepada kebaikan jika tidak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden,” ujarnya.

Terdahulu Ahmad Zahid telah menyampaikan ucapan dasar Presiden pada pagi tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.