Kembalilah Bertaut Dan Bermuafakat… Demi Kelangsungan Parti Keramat Ini – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru agar semua pimpinan UMNO Johor kembali bertaut dan bermuafakat demi kelangsungan parti keramat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO negeri yang pertama pada tahun ini.

“Mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang pertama tahun 2023.

“Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah perancangan dan hala tuju bagi memulih, merawat dan memantapkan semula kekuatan UMNO Johor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai isu pemilihan UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Turut menyentuh tentang pemilihan UMNO yang akan berlaku di semua peringkat dan UMNO Johor akan pastikan ianya berlangsung dalam keadaan lancar dan tenteram.

“Saya menyeru agar semua pemimpin UMNO Johor bertaut kembali dan bermuafakat demi kelangsungan parti keramat orang Melayu ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.