Abdul Rahman Yakin Perwakilan Aplikasi Pemilihan UMNO Ke Arah Depani PRU16

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yakin bahawa perubahan drastik dalam parti akan berlaku selepas musim pemilihan ini terutamanya dalam persediaan mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak. Jelasnya, gabungan muka baharu dan lama sudah semestinya akan membawa parti lebih keterhadapan serta bersatu membawa visi dan misi UMNO. “Dari segi […]

» Read more

Pemilihan UMNO Proses Demokrasi, Jangan Jadikan Asbab Perpecahan – Suraya Yaacob

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pemilihan UMNO merupakan sebuah proses demokrasi dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai asbab kepada perpecahan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Suraya Yaacob berkata, pemilihan ini adalah proses untuk memilih kepimpinan terbaik bagi meneruskan agenda perjuangan parti. “Pemilihan ini bukan untuk memecahbelahkan sebaliknya sebuah proses demokrasi. Tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita berpecah dan kemudiannya akan […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Pilih Calon Berwibawa, Tentu Masa Depan Parti – Zakaria Dullah

BENTONG, 17 Mac – Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah mengingatkan para perwakilan agar memilih calon yang berwibawa terutamanya dalam menentukan masa depan parti. Jelasnya, jawatankuasa bagi Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah dibentuk pada minggu lalu maka beliau berharap insan yang terpilih melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. “Alhamdulilah minggu lepas pemilihan jawatankuasa bagi Wanita, Pergerakan Pemuda dan […]

» Read more

Pilihlah Pemimpin Yang Tekad Bersama UMNO, Angkat Perjuangan Parti – Sharifah Azizah

JOHOR BAHRU, 16 Mac – Para perwakilan UMNO akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah parti melalui pemilihan peringkat Bahagian dan Pusat yang akan diadakan pada Sabtu ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zaid berkata, dengan mandat yang ada pada para perwakilan maka tentunya mereka akan menjalankan tanggungjawab yang tergalas dengan sebaiknya bagi memilih barisan kepimpinan untuk […]

» Read more

UMNO Tetap Subur Dengan Semangat Perjuangan, Parti Akar Umbi – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa UMNO tetap subur dengan semangat perjuangan dan mendukung demokrasi. Justeru katanya, tidak timbul persoalan apabila jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti tidak dipertandingkan maka kononnya dianggap seolah-olah tidak ada demokrasi. “Sebenarnya demokrasi bukan setakat subur tetapi semakin subur sekarang ini […]

» Read more

UMNO ‘Husnuzon’ Terhadap Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

KUALA NERUS, 16 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap ‘husnuzon’ (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN). Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, namun pada masa ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan. “Dalam pakatan besar ini, terdapat 20 […]

» Read more

Bukan Sekadar Bertukar Ganti Pemimpin, Pemilihan Medan Mantapkan Parti – Khaled

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan Pemilihan UMNO bukan sekadar pertukaran kepimpinan namun memberi signifikan tersendiri kepada parti. Katanya ini termasuk membawa UMNO ke arah pengukuhan bagi memastikan aspirasi perjuangan parti berterusan didukung. “Pemilihan kali ini tidak boleh dilihat sebagai hanya suatu lagi pemilihan. Bukan sekadar menukar ganti pemimpin. “… ia harus […]

» Read more

Pemilihan Sayap: Tidak Lebih 20 Aduan Diterima, Akan Disiasat Secara Terperinci Dan Adil

KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Terdapat tidak lebih 20 aduan diterima melalui Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) berhubung dengan pemilihan sayap pada minggu lalu, ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau telah meminta Lembaga Disiplin untuk membuat siasatan secara terperinci dan teliti serta berlaku adil bagi memuaskan hati semua pihak. “Tiada masalah yang besar. Mana-mana bahagian yang terlalu […]

» Read more

Pemilihan 2023: Pentingkan Urus Tadbir Terbaik Sepanjang Perjalanan Mesyuarat, Pengundian 18 Mac

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 berharap perjalanan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan berjalan lancar dengan menumpukan kepada kepentingan melaksanakan urus tadbir terbaik pada Sabtu, 18 Mac ini. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, mengesyorkan Pengerusi Tetap persidangan ketika hendak memulakan proses pengundian, pengumuman membabitkan jumlah perwakilan […]

» Read more

Syabas Wanita, Pemuda, Puteri… Dukung Amanah UMNO Demi Martabat Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Pemilihan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO selesai dilaksana Sabtu lalu dengan proses pengundiannya berlangsung lancar membentuk kepimpinan yang kekal diterajui Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bagi Wanita, kepimpinan baharu bagi Pemuda iaitu Dr Mohamad Akmal Salleh dan Puteri pula Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Sehubungan itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor […]

» Read more
1 18 19 20 21 22 62