Kepimpinan UMNO Kekal Relevan, Pasca-Pemilihan Perkukuh Parti Depani Cabaran

Mesyuarat Perwakilan UMNO yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 18 Mac lepas berjalan lancar termasuklah di Sabah. Tentunya dalam proses pemilihan ini, setiap anggota parti memahami dan menghormati prinsip demokrasi yang menjadi amalan sesebuah organisasi, malah yang paling penting ialah mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh parti agar UMNO kekal relevan. Ini kerana aplikasi pemilihan UMNO […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Bukti Akar Umbi Mahu Strategi Lebih Realistik, Depani Pengundi Muda – Nazif

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang baharu, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berpandangan Pemilihan UMNO 2023/2026 membuktikan bahawa akar umbi parti terbuka dalam mendukung pembaharuan bagi parti keramat ini. Jelas beliau, pemikiran tersebut wajar dimanfaatkan sebaiknya sebagai strategi parti bagi mendepani pilihan raya kelak yang menyaksikan penambahan pengundi baru. “Hampir 30 peratus atau lebih tepat 54 orang […]

» Baca lanjut

Pasca Pemilihan: Ini Masa Terbaik Kembali Bekerja, Kukuhkan Parti

KEPALA BATAS, 26 Mac – Ini adalah masa terbaik untuk kembali bekerja, mengukuhkan parti disamping mengelakkan berlakunya sebarang perpecahan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, para pimpinan parti perlu mengambil iktibar dari pengalaman lampau kerana perpecahan telah menyebabkan kekalahan. “Ini masanya untuk bekerja bagi mengukuhkan parti ibarat ‘biduk lalu kiambang bertaut’, tidak ada lagi proksi-proksi di dalam […]

» Baca lanjut

Sharkar Yakin Kepimpinan UMNO Temerloh Tingkatkan Lagi Perjuangan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perubahan kepimpinan UMNO Temerloh yang menyaksikan muka baharu pada pemilihan baru-baru ini adalah satu kesinambungan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh mantan Ketua UMNO bahagian sebelum ini, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Bagi beliau yang kini masih kekal sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO setelah diberi kepercayaan oleh perwakilan seluruh negara pada pemilihan parti Sabtu lalu, […]

» Baca lanjut

Lantikan Mereka Yang Tewas Dalam Pemilihan Parti Untuk Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan melantik mereka yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, sebagai satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO. “Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

GOMBAK, 25 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. […]

» Baca lanjut

UMNO Kembali Bersatu, Wanita Luar Biasa Bertudung Merah Susah Senang Bersama – Rosni

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Wanita UMNO Malaysia diseru untuk kembali bersatu selepas Pemilihan UMNO yang lalu seperti apa yang disarankan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar berkata ini kerana sebagai tulang belakang parti, penyatuan Wanita UMNO perlu disegerakan dengan kepimpinan di bawah ketua, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. […]

» Baca lanjut

Pasca Pemilihan UMNO Suntik Semangat Baharu Di Kalangan Ahli

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin penuh yakin dan percaya keputusan pemilihan UMNO beberapa hari lalu dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh ahli parti dalam usaha menggerakkan UMNO di dunia politik tanah air. Bagi beliau gabungan naib presiden sebagai contoh adalah gabungan yang cukup seimbang dengan masing-masing bukan sahaja mempunyai […]

» Baca lanjut

Bung Sifatkan Pelantikan Sebagai Satu Amanah Dan Tanggungjawab Besar Perkukuhkan UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mac – Sesungguhnya pelantikan jawatan ini datang dengan satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Demikianlah ungkapan Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, ketika mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang pertama selepas pemilihan 2023, semalam. Beliau yang […]

» Baca lanjut

Kepimpinan Baharu UMNO Kukuhkan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kepimpinan baharu Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik bagi penggal 2023-2026 dilihat dapat memberikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik. Profesor Dr Azmi Hassan berkata ini kerana, tidak dapat dinafikan lagi sebahagian besar kepimpinan baharu yang dipilih tersebut majoritinya daripada kumpulan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, […]

» Baca lanjut
1 14 15 16 17 18 61