UMNO Papar Tekad Terus ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, Semarak Perjuangan Agama, Bangsa, Negara

PAPAR, 10 April – Tekad bagi meneruskan perjuangan UMNO dan mengembalikan parti tersebut sebagai platform utama demi agama, bangsa dan negara perlu sentiasa disemarakkan. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi mengingatkan anggota parti khususnya barisan kepimpinan baharu pasca-Pemilihan UMNO agar kekal dalam prinsip perjuangan sebagaimana yang dituntut dalam usaha menyemarakkan kembali UMNO. Beliau percaya, dengan suntikan semangat […]

» Read more

Pembaharuan UMNO Dari Pemilihan Bukti Manifestasi Suara Para Perwakilan

KUALA LUMPUR, 8 April – Pemilihan UMNO 2023/2026 lalu telah membuktikan bahawa para perwakilan tidak sekadar mengikut telunjuk pemimpin bahkan menjadikan pengundian sebagai manifestasi suara mereka. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, pemilihan penggal ini memperlihatkan ramai anak muda menawarkan diri di pelbagai jawatan bagi mencuba nasib dalam kepimpinan parti. “Pemilihan penggal ini memperlihatkan ramai anak […]

» Read more

Kepimpinan Muka Baharu Gambar Kesediaan Akar Umbi Realisasi Agenda Rejuvenasi UMNO – Aznel

KUALA LUMPUR, 5 April – Saf kepimpinan UMNO yang menampilkan muka baharu bakal membawa manifestasi tersendiri di samping menggambarkan kesediaan akar umbi dalam merealisasikan agenda rejuvenasi parti, kata Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim. Jelas beliau, ini kerana mereka yang memenangi jawatan pada Pemilihan UMNO lalu mempunyai kelebihan kerana berpengalaman menerusi jawatan terdahulu dan wajar diangkat sebagai memantapkan parti […]

» Read more

Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Angkat Sumpah Untuk Sesi 2023/2026

KUALA LUMPUR, 4 April – Barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengangkat sumpah jawatan bersama-sama Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Salleh dan Naib Ketua, Mohd Hairi Mad Shah, hari ini. Lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia ini dibuat bagi sesi baharu iaitu 2023-2026, sebelum menandatangani dokumen ikrar tersebut, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr […]

» Read more

Amanah Perlu Digalas Sebaiknya, Perkasa Agenda Perjuangan UMNO – Sollehin

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh akar umbi pada Pemilihan UMNO lalu bakal membawa pembaharuan kepada parti keramat ini. Katanya, ini kerana sebarang jawatan yang diberikan merupakan kepercayaan daripada akar umbi bagi memastikan UMNO berterusan relevan dalam memperkasa agenda parti yang menjadi asas perjuangan sejak penubuhannya. […]

» Read more

Pemilihan UMNO Signal Kepimpinan Wanita Dapat Kepercayaan Akar Umbi – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 3 April – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berpandangan Pemilihan UMNO yang berlangsung baru-baru ini memberikan manifestasi baharu kepada kepimpinan wanita. Katanya ini dapat dibuktikan apabila akar umbi memberi kepercayaan kepada pemimpin wanita termasuk dirinya untuk berada dalam organisasi tertinggi parti. “Saya rasa sungguh terharu kerana tidak sangka undian yang sangat baik iaitu 159 […]

» Read more

Perkukuh Institusi Yang Ditubuh UMNO, Fokus Bela Rakyat – SUA

GERIK, 2 April – UMNO akan terus melindungi kepentingan institusi yang telah ditubuh parti itu bagi membantu melahirkan generasi cemerlang tanpa mengenal ideologi politik, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelas beliau ini termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan Bumiputera melalui peluang pendidikan dan perniagaan dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka.   “Saya […]

» Read more

UMNO Johor Ambil Alih Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 1 April – Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang masih ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lepas, akan diambil alih proses pemilihannya oleh Badan Perhubungan UMNO negeri, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Sebelum ini, proses pemilihan UMNO dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU). Mengesahkan perkara itu, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO […]

» Read more

Pasca Pemilihan: Kembalikan Kualiti UMNO Demi Masa Depan, Bukan Berteras Kuantiti – Sharifah Azizah

KLUANG, 31 Mac – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023 – 2026 telah berlangsung lancar minggu lalu dengan barisan kepimpinan telah pun dipilih berdasarkan proses pengundian yang membabitkan bahagian-bahagian UMNO dari seluruh negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menegaskan pasca-pemilihan ini adalah ruang terbaik bagi barisan kepimpinan baharu UMNO untuk mengembalikan kualiti parti dan bukan […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 61