Kes Najib: Zahida Gesa Pihak Berkuasa Jejak Nama-nama Lain Yang Terlibat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menuntut agar pihak berkuasa meneruskan usaha menjejak nama lain yang terlibat agar episod sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditujukan hanya kepada beliau seorang sahaja. Menerusi hantaran di laman Facebook, Zahida turut menzahirkan kesedihannya di atas apa yang menimpa Najib […]

» Read more

Rayuan Kes SRC: Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan supaya hakim nombor satu […]

» Read more

Saya Tidak Guna Sumbangan Politik RM6 Juta Untuk Kepentingan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak pernah menggunakan wang RM6 juta yang didakwa sumbangan politik daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben untuk kepentingan peribadinya. Ahmad Zahid, 69, berkata beliau sama sekali tidak pernah memasukkan wang yang diterima dalam bentuk dua keping […]

» Read more

Mesyuarat Exco Perak Tidak Bantah Cadangan Bina Landasan Kereta Api Kargo – Saarani

TAIPING, 21 Ogos – Mesyuarat exco kerajaan negeri sebulat suara tidak membantah cadangan projek pembinaan landasan kereta api kargo dari Kanthan, Chemor ke Pelabuhan Lumut oleh sebuah syarikat swasta tempatan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Katanya, bagaimanapun, projek menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu belum diluluskan lagi walaupun kesemua anggota exco kerajaan negeri secara dasarnya telah menyatakan […]

» Read more

PRU15: BN Optimis Menang Di Kedah – Mahdzir Khalid

KUALA NERANG, 21 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO optimis boleh memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kedah sekali gus dapat merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum berkenaan. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keyakinan itu, berdasarkan laporan yang diterima pihaknya mengenai sokongan rakyat di Kedah kepada BN, pada masa ini. “Kita mempunyai keyakinan […]

» Read more

Kerajaan Pandang Serius Isu Pembangunan Di P.Pinang – Reezal Merican

KEPALA BATAS, 21 Ogos – Kerajaan Persekutuan memandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang khususnya pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah menerima peruntukan RM9.7 bilion. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dengan peruntukan tersebut, pihak kerajaan berharap melihat pembangunan di Pulau Pinang berjalan lancar. “Hari ini pihak kami meninjau kemajuan […]

» Read more

Kemas Perkenal Bengkel Pusat Daya Maju Untuk Manfaat Masyarakat Luar Bandar

KUALA NERANG, 21 Ogos – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mewujudkan Bengkel Pusat Daya Maju atau COME yang menyediakan pelbagai kemudahan peralatan bagi tujuan keusahawanan untuk kegunaan masyarakat luar bandar secara percuma. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata hal itu selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia bagi memastikan kumpulan sasar golongan B40 menerima faedah daripada perkhidmatan disediakan kerajaan untuk […]

» Read more

Google Maps: Minta Polis Siasat Tukar Nama Lokasi Di Sabah – Bung Moktar

KINABATANGAN, 20 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak polis menyiasat secara terperinci pelaku yang menukar nama beberapa tempat di Sabah kepada Filipina dalam aplikasi peta Google Maps baru-baru ini. Jelasnya, perbuatan itu, yang disifatkannya sebagai tidak baik dan tidak bertamadun, boleh mengelirukan masyarakat di seluruh dunia mengenai kedudukan sesuatu tempat di Sabah. “Ini […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Tingkat Peruntukan Untuk KKM Dalam Bajet 2023 – PM

BERA, 20 Ogos – Kerajaan sedia memberi pertimbangan sewajarnya termasuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan Oktober nanti. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana KKM merupakan antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat. “Baru-baru ini sewaktu mesyuarat penyelarasan projek-projek pembangunan di bawah RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), saya dimaklumkan […]

» Read more

Bajet 2023 : Dinamik Dan Lebih Fleksibel – Mohd Shahar

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Kerajaan memberi jaminan Bajet 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini, bersifat dinamik dan lebih fleksibel. Timbalan Menteri Kewangan l Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata agenda kesejahteraan rakyat terutama dalam aspek ekonomi dan perlindungan sosial, sentiasa diambil kira dan menjadi keutamaan kerajaan termasuk dalam penyediaan formula Bajet 2023. Justeru, sebarang penambahbaikan atau pelarasan semula bajet boleh […]

» Read more
1 95 96 97 98 99 309