Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet

KEPALA BATAS, 24 Julai – Perbincangan dan kajian mengenai undang-undang berkaitan isu 3R (agama, raja dan kaum) termasuk sama ada akta baharu diperkenal akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan […]

» Read more

Inisiatif Payung Rahmah Perlu Diteruskan – Ahmad Zahid

PONTIAN, 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah diteruskan oleh pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nanti. Ahmad Zahid berkata ia kerana rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos […]

» Read more

Beri Satu Penggal Kerajaan Perpaduan Tadbir Kelantan Bawa Perubahan – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 23 Julai – Rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan dengan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan setelah 33 tahun negeri itu ditadbir di bawah kerajaan yang […]

» Read more

Kastam Kelantan Rekod Kutip Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai – Ahmad

JELI, 23 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai, tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kutipan itu menghampiri sasaran tahun in iaitu sebanyak RM207.19 juta. “JKDM Kelantan berjaya mematahkan 495 kes penyeludupan dengan nilai rampasan RM746,280.23 dan cukai RM136,067.41 bagi tempoh setengah tahun 2023. […]

» Read more

Program Bertemu Anwar Kongsi Hala Tuju Negara, Tiada Kena-Mengena Dengan PRN

KOTA TINGGI, 22 Julai – Program Temu Anwar, iaitu perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelajar di beberapa universiti kebelakangan ini, adalah untuk berkongsi hala tuju negara, sekali gus menggalakkan pelajar menerapkan nilai-nilai yang boleh membantu menyumbang kepada kejayaan negara. Membidas dakwaan pembangkang kononnya program itu boleh dilihat sebagai kempen politik secara terbuka di universiti, Menteri Pendidikan Tinggi […]

» Read more

Majoriti Penuntut IPT Berpeluang Mengundi

KUALA BERANG, 20 Julai – Majoriti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan kebanyakan universiti sudah selesai mengadakan peperiksaan dalam tempoh itu. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing. “Sekarang […]

» Read more

Jabatan Peguam Negara Ada Fakta Kes Kuat Untuk Dakwa Sanusi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai fakta yang kuat untuk membawa kes itu ke mahkamah dan tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bukan kerana titah Sultan […]

» Read more

Guna Taktik Kotor Demi Undi… Pas Gagal Didik Rakyat Dalam Soal Politik

KUALA TERENGGANU, 18 – Pas ternyata gagal dalam mendidik rakyat dalam soal politik apabila mereka cuba untuk mendapatkan keyakinan para pengundi dengan taktik kotor seperti menipu, membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap parti lawan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, isu kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan telah dimanipulasikan oleh Pas […]

» Read more

KKDW Berhasrat Naikkan Gaji Minimum Lepasan TVET

KEPALA BATAS, 16 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional malah harus memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0). “Apa yang saya lakukan ialah […]

» Read more

Menteri, Timbalan Menteri GPS Akan Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Dalam PRN

KUCHING, 16 Julai – Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi sokongan penuh bagi membantu calon daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bertanding semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu di sini malam tadi. Beliau […]

» Read more
1 58 59 60 61 62 311