PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

KUALA LUMPUR, 7 Sept – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berdasarkan kepada aktiviti serta penyaluran bantuan tanpa mengira kaum yang dilaksanakan selama ini. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu memperjuangan keharmonian kaum sejak ditubuhkan pada tahun 1949 dan bukan berasas […]

» Read more

Ketua Pembangkang Sgor Bidas Kenyataan Kuota Bumiputera Punca Projek Perumahan Negeri Tidak Terjual

SHAH ALAM, 7 Sept – Dakwaan yang mengatakan kuota Bumiputera menjadi punca projek perumahan di negeri ini tidak dapat dijual dibidas Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail. Mengulas kenyataan Adun Sg Pelek, Ronnie Liu, Rizam berkata, beliau tidak terkejut apabila bekas Exco Kerajaan negeri itu meminta kuota Bumiputera bagi projek perumahan dikurangkan di negeri ini. “Persoalan utama berkenaan masalah ini bukanlah […]

» Read more

Ketepikan Perbezaan, Perang 60 Tahun, UMNO Dan Pas Akan Buktikan Di Seri Setia – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Grand Finale Ceramah Mega Pas sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mencatat sejarah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi pentas dengan barisan kepimpinan Pas lain khususnya Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam ucapannya, Ahmad Zahid  menyeru agar perbedaan selama ini diketepikan dan […]

» Read more

Janji Pun Kerajaan PH Tipu Maka Mereka Tidak Akan Malu Cabul Perundangan Negara – Noh

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, ada benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengamalkan undang-undang rimba daripada menegakkan ‘Rule of Law’ berdasarkan beberapa isu, termasuk isu pengguguran kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang dalam proses perbicaraan. Menurut beliau, begitu juga yang berlaku ketika dipermulaan sidang […]

» Read more

Musa Angkat Sumpah Sebagai Adun Sungai Sibuga

KOTA KINABALU, 5 Sept – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali itu selesai pada pukul 3. 33 petang. Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa mengucapkan terima kasih kepada […]

» Read more

Petisyen Pilihan Raya: Vidyananthan Daripada BN Kekal Adun Kahang

KUALA LUMPUR, 5 Sept – R. Vidyananthan daripada MIC kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, Johor selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Noorlihan Ariffin, yang mencabar keputusan pilihan raya dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membuat keputusan itu turut membenarkan permohonan Vidyananthan, […]

» Read more

PRK Balakong: 10 Tahun Masalah Sampah, Wabak Denggi Kerajaan Negeri Abaikan

BALAKONG, 2 Sept – Penduduk di Pangsapuri Seri Pulai, Taman Balakong Jaya di sini, bimbang dengan masalah longgokan sampah sehingga menyebabkan penularan wabak demam denggi berikutan isu itu tidak diberi perhatian mana-mana pihak lebih 10 tahun lepas. Menurut seorang penduduk, M. Krishnan, 58, walaupun masalah itu pernah beberapa kali diadukan kepada pihak berkaitan, tiada sebarang tindakan wajar diambil menyebabkan penghuni […]

» Read more

Jual Petronas Dan Aset Ke Pihak Asing? Jangan Cipta Tragedi Buat Negara – Mohamad

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan menjual aset milik Petronas kepada syarikat Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini. Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada perkembangan terbaru semalam iaitu perlantikan syarikat minyak Filipina, Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan dan Petronas diminta untuk membayar 50% lebih […]

» Read more

NGO Serah Memorandum Bantah Campur Tangan AS Dalam Politik Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pemantau Malaysia Baru (PEMANTAU), Civil & Human Rights Movement Malaysia (CHaRM) bersama beberapa NGO lain hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Presiden Amerika Syarikat berhubung campur tangan negara itu dalam politik negara ini. Presiden PEMANTAU Datuk Lokman Noor Adam berkata, tindakan ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh Daniel Twining iaitu salah seorang pegawai International Republican […]

» Read more

UMNO Pulau Pinang Akan Laksana Agenda Zainal Abidin

NIBONG TEBAL, 28 Ogos – UMNO Pulau Pinang akan meneruskan beberapa agenda yang telah dirancang oleh bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu Datuk Seri Zainal Abidin Osman, namun belum sempat dilaksanakan Allahyarham. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata ada beberapa agenda yang sempat Allahyarham maklumkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum ini dan pihaknya […]

» Read more
1 295 296 297 298 299 313