Empat ADUN PH Perak Keluar Parti, Sokong Perikatan Nasional

IPOH, 9 Mac – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan Harapan (PH) hari ini bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, serta dua ADUN Dap dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas. Mereka yang terlibat ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai Bersatu, dan […]

» Read more

BN Berjaya Kurangkan Kebergantungan Hasil Petroleum, Datang PH Naikkan Kembali – Rahman

TUARAN, 9 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kejatuhan harga minyak yang berlaku pada hari ini mengingatkannya kepada kejatuhan harga bahan bakar itu pada tahun 2014 hingga 2016 yang juga jatuh untuk tempoh masa yang agak lama pada harga yang lebih kurang sama. Katanya pada ketika itu, negara mempunyai hasil daripada Cukai Barangan […]

» Read more

Barisan Exco “Makmur Johor” Mahu Teruskan Legasi Kemakmuran Johor

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Exco “Makmur Johor” hari ini berikrar mahu meneruskan legasi kemakmuran negeri dalam pelbagai bidang demi manfaat rakyat negeri ini. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata Johor harus makmur dalam sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan di samping mengamalkan tadbir urus yang telus dan adil serta berakar kukuh dengan identiti Johornya. “Amat banyak potensi tersirat Johor yang […]

» Read more

Tidak Tahu Siapakah Penerima Lima Cek – Saksi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa saksi ke -42 Rajan V. Thurairatnam mengakui mengeluarkan lima keping cek Maybank masing-masing berjumlah RM76,0000, RM67,000, RM75,000, RM83,000 dan RM65,000. Jelas beliau, pengeluaran cek-cek tersebut dibuat atas dasar pertukaran kepada matawang Dollar Australia dengan jumlah melebihi A$90,000. Cek-cek tersebut diserahkan kepada seorang individu bernama Omar Ali di […]

» Read more

Latheefa Koya Letak Jawatan: Kembalikan Kemandirian SPRM, Keyakinan Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik perletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, selepas perletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas, ia merupakan berita kedua perletakan jawatan melibatkan lantikan politik kerajaan Pakatan […]

» Read more

Tiada Apa Yang Pelik Semua Transaksi Dilepaskan, Tiada Kesalahan Undang-undang – Saksi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, semua transaksi yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Lewis & Co dilepaskan kerana tiada berlaku apa-apa kesalahan undang-undang. Saksi pendakwa ke-40, Penolong Pengurus Khidmat Cawangan CIMB Bank Menara Binjai, Sharifah Aspaniza Syed Mustapha, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffery Ong, menegaskan, kesemua transaksi […]

» Read more

Tarik Balik Tuduhan: Lepas, Bebas Kes Rasuah Guan Eng… Antara Jasa Tommy Thomas Sebagai AG

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018. Demikian salah satu jasa-jasa besar Tommy Thomas selaku Peguam Negara kata Penganalisa Politik Dr Kamarul Zaman […]

» Read more

Wayang Belum Habis Ke, Guan Eng? PH Jadi Kerajaan 655 Hari, Apa Yang Tak Sempat? – Najib

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih bermain wayang mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ini berikutan Setiausaha Agung Dap itu dalam satu kenyataannya yang turut disiarkan di beberapa laporan berita mengatakan berita baik mengenai PTPTN tidak sempat diumumkan […]

» Read more

Transaksi Akaun Bank Yayasan Akalbudi Tidak Mencetuskan AMLA – Saksi Pendakwa

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa transaksi akaun yang melibatkan Yayasan Akalbudi adalah transaksi seperti biasa. Saksi pendakwaan ke-39, Leong Siew Keong menjelaskan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, tidak ada sebarang jumlah kemasukan cek dan pengeluaran Messrs Lewis & Co yang yang mencurigakan sehingga mencetuskan amaran untuk dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia […]

» Read more

Johor Sokong Penuh Muhyiddin Sebagai PM – Hasni

MUAR, 3 Mac – Kerajaan Negeri Johor menyokong penuh pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan negara, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menzahirkan sokongan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Rumah Rehat VIP di Tanjung Emas di sini, semalam. […]

» Read more
1 238 239 240 241 242 312