Tidak Tahu Siapakah Penerima Lima Cek – Saksi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa saksi ke -42 Rajan V. Thurairatnam mengakui mengeluarkan lima keping cek Maybank masing-masing berjumlah RM76,0000, RM67,000, RM75,000, RM83,000 dan RM65,000.

Jelas beliau, pengeluaran cek-cek tersebut dibuat atas dasar pertukaran kepada matawang Dollar Australia dengan jumlah melebihi A$90,000. Cek-cek tersebut diserahkan kepada seorang individu bernama Omar Ali di lokasi Fahrenheit, Jalan Bukit Bintang.

Rajan memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah, beliau tidak mengetahui siapakah penerima lima keping tersebut kerana tidak pernah berurusan dengan penerima cek berkenaan.

Tidak ada seorang pun pengurup wang akan menyerahkan wang dengan nilai yang banyak tetapi akan melakukannya dengan kaedah mengeluarkan cek dan tidak ingat bilakah tarikh sebenar cek-cek tersebut dikeluarkan, tambahnya lagi.

Peguam: cek di ‘clearkan’?
Saksi: Ya

Peguam: Apabila pihak bank memaklumkan lima keping cek dari Lewis & Co, apa reaksi anda?
Saksi: Ya saya lakukan.

Peguam: Adakah anda tanya pada Omar lima keping cek yang dibayar?
Saksi: Tidak

Peguam: Adakah ini menimbulkan keraguan?
Saksi: Tidak

Peguam :Adakah anda mengenali Lewis & Co?
Saksi: Saya tidak kenal siapa ini Lewis & Co. Saya tidak pernah berurusan dengan Lewis & Co.
Saya cuma tahu Lewis & Co apabila dimaklumkan oleh pihak bank selepas dua minggu saya mengeluarkan cek.

Rajan menegaskan kepada pihak pendakwaan bahawa beliau tidak bertanya apakah tujuan cek dikeluarkan kepada Lewis & Co kerana cek-cek tersebut telah diserahkan kepada Omar Ali.

Dalam pada itu, Rajan turut menjawab soalan pendakwa raya bahawa beliau tidak menerima arahan daripada sesiapa untuk mengeluarkan lima keping cek berkenaan.

Peguam: Adakah anda tahu tarikh kelima-lima cek tersebut?
Saksi: Sekitar bulan Jun dan Julai 2016.

Peguam: Arahan dari siapa?
Saksi: Tidak menerima arahan daripada sesiapa untuk mengeluarkan lima keping cek berkenaan.

Mahkamah ditangguhkan pada 23 Mac. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.