Transaksi Akaun Bank Yayasan Akalbudi Tidak Mencetuskan AMLA – Saksi Pendakwa

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa transaksi akaun yang melibatkan Yayasan Akalbudi adalah transaksi seperti biasa.

Saksi pendakwaan ke-39, Leong Siew Keong menjelaskan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, tidak ada sebarang jumlah kemasukan cek dan pengeluaran Messrs Lewis & Co yang yang mencurigakan sehingga mencetuskan amaran untuk dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Transaksi tersebut tidak mencetuskan amaran Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Siew Keong memberitahu dalam transaksi-transaksi keluar masuk dengan nama cek Lewis & Co, tidak ada jumlah yang mencurigakan yang membolehkan mencetuskan amaran AMLA atau redflag.

Menurut beliau, semua transaksi sama ada dari akaun semasa atau akaun simpanan tetap pelanggan adalah transaksi biasa yang mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank iaitu secara bersurat atau letter of undertaking.

“Untuk semua akaun, mesti ada letter of undertaking. Jika tidak ada surat ini, tidak boleh buka akaun kerana itu merupakan prosedur (bank punya standard),” katanya.

Menjawab soalan pihak pendakwaan, Siew Kong berkata, sama ada peguam semak atau tidak letter of undertaking, beliau tidak tahu.

Peguam: Kalau tidak ada surat dari pihak peguam, bagaimana?
Saksi: Kita akan bukakan akaun lain.

Peguam: Adakah bank akan tahu apabila Peguam akan semak betul-betul?
Saksi: Tidak tahu.

Peguam: Di bawah AMLA, adakah kamu tahu?
Saksi: Tidak.

Dalam pada itu Peguam ada bertanya kepada saksi mengenai akaun yang ditutup harus mempunyai surat dari pihak Peguam.

Peguam: Bagaimana terjadinya ‘replacement’?
Saksi: Replacement bila berlakunya apabila pelanggan bank hilang ‘fix deposit’, iaitu tutup akaun yang salah dan buka yang baru.

Peguam: Dalam penyata akaun ada tertera transaksi?
Saksi: Ada.

Peguam: Bila en Leong ‘highlight’ transaksi ini?
Saksi: Ia akan tertera dalam laporan akaun.

Peguam: Apakah kesilapan-kesilapan yang telah berlaku pada perenggan 102,105 dan 115?
Saksi: Kesilapan biasanya terjadi apabila kerani bank memulakan.

Prosiding kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung pada Jumaat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.