Tarik Balik Tuduhan: Lepas, Bebas Kes Rasuah Guan Eng… Antara Jasa Tommy Thomas Sebagai AG

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018.

Demikian salah satu jasa-jasa besar Tommy Thomas selaku Peguam Negara kata Penganalisa Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff, sebelum Tommy meletakkan jawatan lantikan politiknya oleh bekas Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Feb lalu.

Begitu juga ujarnya, tindakan Tommy tidak mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, walaupun berjanji untuk berbuat demikian pada 30 September 2019 serta mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Berikut merupakan antara jasa-jasa besar Tommy Thomas selaku Peguam Negara, yang dipaparkan di Facebook Dr Kamarul.

(1) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, kerana memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-na…

(2) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kampar dari Dap, Thomas Su Keong Siong, kerana menganjurkan perhimpunan haram menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Julai 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/ahli-parlimen-kampar-dilepas-d…

(3) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Julai 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tuduhan-menghasut-ahli-parlime…

(4) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, bekas Naib Presiden PKR, N Surendran, dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Julai 2018.
Sila rujuk: https://www.mstar.com.my/…/s…/2018/07/30/zunar-bebas-tuduhan

(5) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap peguam, Eric Paulsen, dan bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, kerana menghasut menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.
Sila rujuk: https://malaysiagazette.com/…/eric-paulsen-bekas-setiausah…/

(6) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, kerana menghasut menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 Ogos 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/tamrin-ghafar-dilepas-dibebas-…

(7) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/mahkamah-bebaskan-guan-eng-li-…

(8) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap pereka grafik, Fahmi Reza, kerana memuat naik imej badut menyerupai Datuk Seri Najib Razak di Instagram miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2018.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/fahmi-reza-lepas-bebas-tuduhan…

(9) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa dari Dap merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping, kerana melibatkan diri dalam demonstrasi haram menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuching pada 17 Disember 2018.
Sila rujuk: https://www.utusanborneo.com.my/…/chong-tan-dilepas-dan-dib…

(10) Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim, kerana menunjukkan isyarat lucah menyebabkan beliau tidak jadi didakwa pada 11 Februari 2019.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/529764/siti-kassim-tidak-jadi-…

(11) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, kerana menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…

(12) Tidak mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, walaupun berjanji untuk berbuat demikian pada 30 September 2019.
Sila rujuk: http://www.astroawani.com/…/kes-adib-tommy-thomas-janji-lak…

(13) Tidak membuat bantahan terhadap representasi peguam aktivis, Haris Ibrahim, atas hukuman kerana menghasut menyebabkan beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Oktober 2019.
Sila rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/aktivis-haris-ibrahim-…/

(14) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Seremban Jaya dari Dap, P Gunasekaran, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Februari 2020.
Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/…/gunasekaran-lepas-bebas-tuduha…

(15) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Gadek dari Dap, G Saminathan, kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE menyebabkan beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Februari 2020.
Sila rujuk: http://www.astroawani.com/…/ltte-lapan-lelaki-termasuk-adun…UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.