Perintah: Kadar Pematuhan Meningkat Kepada 95 Peratus – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 24 Mac – Pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini meningkat kepada 95 peratus tetapi terdapat trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali ke bandar-bandar besar pula. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesesakan di bandar ketika ini semakin berkurang dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan yang tinggi itu […]

» Read more

Pandemik COVID-19 Makin Pantas Merebak, 300,000 Kes Seluruh Dunia – WHO

GENEVA, 24 Mac – Lebih 300,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia, “pandemik makin pantas merebak”, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin. Agensi berita Xinhua melaporkan hanya dalam masa 67 hari bermula kes pertama dikesan, ia kini mencecah 100,000 untuk kes pertama, manakala 100,000 kes kedua serta ketiga masing-masing dilaporkan dalam tempoh 11 dan […]

» Read more

Dr Asyraf Kongsi Pengalaman Jalani Ujian Saringan… Beri Kerjasama Dan Bersama Perangi COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkongsi pengalamannya menjalani ujian saringan COVID-19. Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Asyraf berkata walaupun ujian saringan COVID-19 ke atas dirinya didapati negatif, beliau sekeluarga tetap akan menuruti nasihat doktor untuk mengasingkan diri sepenuhnya (full self-quarantine) selama 14 hari daripada hari disyaki terdedah dengan individu yang […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan, Kebersamaan Rakyat Halang COVID-19 – Hishammuddin

Rakyat Malaysia sekalian, Hari ini masuk hari kelima Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan Covid-19 atau Coronavirus di negara kita. Saya tahu, pada awalnya sebahagian kita panik dan tertanya-tanya, apa tujuan perintah ini. Sekarang, saya yakin majoriti rakyat Malaysia mulai faham kenapa perintah ini dikuatkuasakan Kerajaan. Percayalah, perintah ini dikuatkuasakan demi menghalang penularan Covid-19 pada […]

» Read more

Tak Perlu Tunjuk Muka… ‘Thermal Scanner’ Saring Kesihatan Sudah Canggih – Dr Wee Sangkal Dakwaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menangkis dakwaan sesetengah laporan media dan persepsi di media sosial kononnya pihak berkuasa tidak membuat saringan terhadap setiap penumpang yang tiba di lapangan terbang. Menurut Dr Wee yang juga Presiden MCA, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menjelaskan tentang perkara ini dan menegaskan bahawa tiada sebarang […]

» Read more

Agong Titah Rakyat Bantu Bendung Wabak COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Menitahkan rakyat Malaysia untuk sama-sama berperanan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak orang ramai membatalkan hasrat balik kampung serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri. “Saya juga minta batalkan hasrat untuk balik kampung dan jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah,” titah Seri […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan Tepat, Jangan Politikkan Isu COVID-19 – Dr. Zaki

ALOR SETAR, 20 Mac – Pengamal perubatan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah, Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid, menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang cuba mempolitikkan isu virus COVID-19. Jelas beliau, sikap sebegini tidak akan membantu kerajaan dalam menangani penyebaran wabak virus ini. “Jadi saya berharap orang ramai agar jangan sesekali menjadi masalah mahupun mencipta masalah bagi […]

» Read more

COVID-19: Barisan Kepimpinan Menteri UMNO Terus Mengorak Langkah

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah melahirkan rasa syukur atas kepimpinan menteri-menteri UMNO yang mengorak langkah dalam mendepani bencana COVID-19. “Syukur Alhamdulilah, barisan kepimpinan menteri UMNO mengorak langkah dalam menghadapi bencana Coronavirus. This is how we do it,” katanya. Beliau berkata demikian ekoran berita yang disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri […]

» Read more

Sedia Panggil Semula Pesara Doktor Sekiranya Kes COVID-19 Meningkat Mendadak – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara. […]

» Read more

#HanyaDudukDiRumah: “Nang Ngumah Wae Usah Metu”… Pesanan Ahmad Zahid Dengan Pelbagai Bahasa, Loghat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merayu semua rakyat negara ini mengikut saranan kerajaan hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac ini. “Tolong jangan penting diri. 14 hari untuk kita kembali normal dengan ikuti segala arahan. “Jangan jadikan 14 hari ini menjadi bubur untuk […]

» Read more
1 236 237 238 239 240 312