Pandemik COVID-19 Makin Pantas Merebak, 300,000 Kes Seluruh Dunia – WHO

GENEVA, 24 Mac – Lebih 300,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia, “pandemik makin pantas merebak”, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

Agensi berita Xinhua melaporkan hanya dalam masa 67 hari bermula kes pertama dikesan, ia kini mencecah 100,000 untuk kes pertama, manakala 100,000 kes kedua serta ketiga masing-masing dilaporkan dalam tempoh 11 dan empat hari.

Beliau berkata demikian dalam taklimat harian berhubung perkembangan situasi COVID-19. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.