Tak Perlu Tunjuk Muka… ‘Thermal Scanner’ Saring Kesihatan Sudah Canggih – Dr Wee Sangkal Dakwaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menangkis dakwaan sesetengah laporan media dan persepsi di media sosial kononnya pihak berkuasa tidak membuat saringan terhadap setiap penumpang yang tiba di lapangan terbang.

Menurut Dr Wee yang juga Presiden MCA, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menjelaskan tentang perkara ini dan menegaskan bahawa tiada sebarang ketirisan atau kelonggaran di dalam sistem saringan kesihatan yang disediakan oleh MAHB di KLIA dan KLIA2, yang turut disertakan lampiran berita; https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/230213 dan https://www.themalaysianinsight.com/s/230210

“Namun, terdapat segelintir yang berkata, “tiada pegawai datang dekat pada muka saya untuk menyukat suhu badan ketika saya tiba di KLIA”.

“Untuk makluman, bukan semua alat menggunakan cara saringan secara dekat dengan menghalakannya kepada dahi atau telinga seperti yang biasa digunakan di pintu masuk bangunan.

“Di KLIA dan KLIA2, ‘thermal scanner’ seperti yang dilampirkan telah dipasang dan ianya merupakan alat yang lebih canggih untuk menyukat suhu badan seseorang,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Begitu juga katanya telahpun meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak pergi melawat KLIA pada Jumaat dan membuat tinjauan sendiri.

“Memang disahkan oleh pihak MAHB bahawa TIADA seorang pun penumpang yang terkecuali daripada saringan kesihatan.

“Ini bermaksud dakwaan di dalam media tersebut tidak berasas,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Wee merayu orang ramai supaya tidak menyebarkan berita-berita tidak benar seperti ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada para petugas yang berada di barisan hadapan ketika ini.

“Semoga kita semua dapat mengharungi waktu sukar ini dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” harapnya lagi. – UMNO ONLINE

#MalaysiaBebasCovid19
#TolakBeritaPalsu
#FitnahTidakMembantu
#ThermalScannerSediaMenanti

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.