#HanyaDudukDiRumah: “Nang Ngumah Wae Usah Metu”… Pesanan Ahmad Zahid Dengan Pelbagai Bahasa, Loghat

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merayu semua rakyat negara ini mengikut saranan kerajaan hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac ini.

“Tolong jangan penting diri. 14 hari untuk kita kembali normal dengan ikuti segala arahan.

“Jangan jadikan 14 hari ini menjadi bubur untuk selamanya,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, yang turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #JustStayAtHome #HanyaDudukDiRumah.

Ekoran itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menggariskan empat perkara yang mesti dipatuhi oleh rakyat sepanjang perintah tersebut dikuatkuasakan, dengan melampirkan pelbagai bahasa dan loghat seperti berikut:

Bahasa Melayu
1. Kekal berada di rumah
2. Jaga Jarak anda
3. Patuhi Arahan semasa
4. Elakkan berita palsu
#melayu

Bahasa Cina
1. Kekal dirumah
待在家里
2. JagaJarak
保持人与人距离
3. Patuh arahan
遵守规则
4. Elakkan berita palsu
别传不实讯息
#Cina

Bahasa India
1.Kekal dirumah
அமைதியாக வீட்டில் உட்கார்ந்து கொள்ளுங்கள்
2. Jaga jarak
எல்லோரிடமும் தூரத்தை பராமரிக்கவும்
3. Patuh arahan
விதிகளைப் பின்பற்றவும்
4. Elakkan berita palsu
வதந்தி செய்திகளைத் தவிர்க்கவும்
#India

Loghat

Terengganu
#COVID-19
1. Dok diang2 dumoh deh
2. Dok jauh skek dari orang, 1 meter deh
3. Dok soh beng kumpul ramai2 ah
4. Dengor hok kherajaang royat tu
5. Tohok berite hok belebong
#ganukite

Kelantan
#COVID-19
1. Dok dumah .. Jange tubit
2. Dok jauh pada ore laing, 1 meter
3. Jange dok kkupol ramai la….
4. Denga hok khajae dok ghoyat tu mmolek
5. Tok soh dok denga beghita kaghut tuh
#gomokelategomo

Jawa
#COVID-19
1. Nang ngumah wae usah metu
2. Usah cerek kare wong
3. Ojo rame rame
4. Diru’ngoe kerajaan ngomong
5. Seng ngapusi jar ke

Perak
#COVID-19
1. Duduk diam dalam rumah, usah keluor-keluor
2. Usah ngenden dekat orang, jarak 1 meter
3. Usah le kumpui ramai-ramai mengkome oii
4. Ate dengor je le arahan kerajaan tu
5. Jangan seborkan berita palesu

Negeri Sembilan
#COVID-19
1. Dok ontok2 kek ghumah
2. Jaghak 1 meter
3. Jangan kumpul ghamai2
4. Dongar apo yg PM kobaan
5. Padam beghito palsu
#hobenjanghoben

Sarawak
#COVID-19
1. Diam ajak dalam umah
2. Jarak 1 meter
3. Iboh begumpol rami rami
4. Dengar arahan perentah
5. Hapuskan berita sik benar
#bujangsenang

Siam
#COVID-19
1. อยู่แต่ในบ้าน
2. ระยะห่าง 1 เมตร
3. อย่ารวมตัวกันหรืออยู่ที่คนเยอะๆ
3. ทำตามคำสั่งของรัฐบาล
4. หยุดข่าวลือ
#sawadeekap

Justeru, Ahmad Zahid mempersoalkan adakah masih ada lagi bahasa atau loghat yang rakyat tidak faham untuk ikuti saranan-saranan tersebut atau sememangnya mementingkan diri sendiri.

“Sebar untuk kebaikan bersama. Kita bersama bebaskan Malaysia dari virus ini.

“Rakyat Malaysia satu hati,” katanya sambil meninggalkan hashtag #MalaysiaBebasCovid19
#JomCakna #JanganPentingDiri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.