Korban COVID-19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 75,000

ANKARA, 7 April – Angka korban COVID-19 di seluruh dunia melebihi 75,945 pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University. Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, virus COVID-19 sudah merebak ke sekurang-kurangnya 184 negara dan wilayah dengan hampir 1.4 juta kes. Sementara lebih 289,000 pesakit sembuh. Itali, Sepanyol dan Perancis kekal negara paling banyak mencatatkan […]

» Read more

Indeks Jenayah Turun 70 Peratus Sepanjang PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 7 April – Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac bagi mengekang wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata susulan itu rakyat tidak perlu bimbang mengenai dakwaan kononnya kes jenayah akan meningkat dalam tempoh itu. “Kepada rakyat kita yang sentiasa beri komen di […]

» Read more

Majlis Keselamatan PBB Bincang COVID-19 Khamis Ini

NEW YORK, 7 April – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka membincangkan mengenai pandemik COVID-19 pada Khamis. “Mesyuarat mengenai COVID-19 dijadual pada Khamis,” kata seorang sumber diplomatik kepada agensi berita Sputnik pada Isnin. Minggu lalu, sembilan negara anggota Majlis Keselamatan diminta membincangkan mengenai wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia. Setiausaha […]

» Read more

Teruslah Berada Di Rumah, Bantu Barisan Hadapan Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR, 7 April – Selepas pengumuman berita baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh kerajaan semalam, kini hampir semua golongan boleh menarik nafas lega. Pakej yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu antara lain bagi menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja […]

» Read more

40,000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 4 April -Kira-kira 40,000 orang boleh ditempatkan di semua 409 pusat kuarantin COVID-19 yang digazetkan di seluruh negara jika kesemuanya beroperasi pada satu-satu masa, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, setakat semalam, hanya 90 daripadanya beroperasi dengan menempatkan kira-kira 4,000 orang sejak 19 Mac. “Cukup (tempat di pusat kuarantin), […]

» Read more

Koleksi Ringkas PH Meroyan – Shahril Hamdan

Seboleh-bolehnya pada waktu krisis ini, suhu politik diturunkan. Sedia maklum, kita tidak hidup di alam fantasi – sudah tentu industri politik akan terus berjalan. Tetapi pada masa sama, jaringan gol politik jangka pendek menjadi pertimbangan kedua, ketiga atau kesepuluh. Keutamaan seluruh rakyat Malaysia termasuk pengamal politik sewajarnya kepada usaha menyelamatkan negara dari krisis #Covid19, termasuklah pematuhan kepada PKP, sokongan kepada […]

» Read more

PKP: Kebajikan Warga Asing Tak Akan Dipinggirkan -Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 April – Kerajaan memberi jaminan kebajikan pekerja asing dan pelarian yang berada di negara ini tidak akan dipinggirkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuat kuasa. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersedia memberi bantuan antara lain dengan menguruskan soal bekalan makanan mereka. “Semalam ada berita mengatakan pekerja Bangladesh tak ada makanan, kerajaan kita […]

» Read more

Polis Boleh Guna Budi Bicara Benar Perjalanan Lebih 10km- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 April – Polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 km bagi mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya terdapat keperluan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10 […]

» Read more

Bekalan Makanan, Hasil Pertanian Cukup Sepanjang Tempoh PKP- Ahmad Hamzah

MELAKA, 3 April – Rakyat tidak perlu khuatir atau risau tentang bekalan makanan dan hasil pertanian, kerana ia dijamin mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah. Katanya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha agar rantaian pemasaran bekalan makanan dan hasil pertanian negara tidak terputus atau terganggu, dengan memastikan lori […]

» Read more

Bantuan Prihatin Nasional Tepat, Elakkan Diri Jadi Mangsa ‘Scammer’ – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat bertepatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran COVID-19. Katanya, rakyat tidak perlu berpusu-pusu membuat semakan kelayakan BPN kerana ianya boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April ini. “Bermula 1 April 2020, ramai […]

» Read more
1 233 234 235 236 237 312