Majlis Keselamatan PBB Bincang COVID-19 Khamis Ini

NEW YORK, 7 April – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka membincangkan mengenai pandemik COVID-19 pada Khamis.

“Mesyuarat mengenai COVID-19 dijadual pada Khamis,” kata seorang sumber diplomatik kepada agensi berita Sputnik pada Isnin.

Minggu lalu, sembilan negara anggota Majlis Keselamatan diminta membincangkan mengenai wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kemudian mengesahkan beliau akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan berhubung perkara itu.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah orang yang disahkan COVID-19 melebihi 1.3 juta di seluruh dunia dan 74,476 pesakit meninggal dunia. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.