Penyesuaian Insentif Bantu Rakyat Di Sempadan Negara

PADANG BESAR, 28 Sept – Kerajaan sedang melakukan penyesuaian insentif yang diberikan khususnya kepada peniaga di kawasan sempadan yang terkesan oleh penularan pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah. “Tujuan kami turun padang hari ini adalah bagi mendengar apa sebenarnya sedang berlaku dan bagaimana rakyat sedang menghadapi keadaan ini. Input yang diperoleh akan diguna dalam merangka dasar […]

» Read more

PSU Selamatkan 150,000 Syarikat, Lebih Sejuta Pekerjaan – Saravanan

PUTRAJAYA, 28 Sept- Kementerian Sumber Manusia hari ini mendedahkan tanpa Program Subsidi Upah (PSU) yang dilaksanakan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berikutan pandemik COVID-19, kemungkinan 150,000 syarikat terpaksa gulung tikar dan mengakibatkan lebih sejuta hilang pekerjaan. Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata PSU telah membantu mengurangkan pengangguran di negara ini susulan penularan COVID-19 dengan kadar pengangguran menurun […]

» Read more

COVID-19: Kelewatan Di Klia Kerana Jumlah Penumpang Yang Ramai – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 28 Sept – Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa […]

» Read more

Anak Muda UMNO Diseru Bersedia Hadapi Dinamika Politik

TASEK GELUGOR, 28 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru ahli-ahlinya agar mempersiapkan diri untuk menghadapi dinamika politik termasuk membina kemahiran mentafsir situasi semasa, seiring perubahan landskap politik negara. Ketua Penerangan sayap Mohd Shahar Abdullah berkata ini kerana dinamika politik turut menuntut kesetiaan ahli kepada perjuangan teras parti. “Dahulu kita tidak bersama Muafakat Nasional, sekarang dengan Muafakat Nasional, Perikatan Nasional, perbezaan […]

» Read more

Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 27 Sept – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. “Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya bila nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumum. Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional […]

» Read more

Bung Moktar Hargai Petugas Hari Mengundi PRN Sabah

KINABATANGAN, 26 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menghargai semua petugas dalam memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar. Beliau berkata mereka termasuklah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota pasukan keselamatan dan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dalam mengekang […]

» Read more

DBKL Rancang Bina Lebih 1,000 Rumah Transit

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk membina lebih 1,000 unit rumah transit khusus buat golongan belia dan pasangan muda baru berkahwin sebagai rumah sementara mereka sebelum memiliki kediaman sendiri. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata projek yang dianggarkan bernilai RM200 juta itu akan dibangunkan di atas tanah milik DBKL di […]

» Read more

Polis Sabah Minta Pengundi Keluar Undi Esok Tanpa Sebarang Keraguan

KOTA KINABALU, 25 Sept – Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu. “Esok kita juga akan lakukan beberapa sekatan […]

» Read more

PRN Sabah: SPR Jamin Tiada Pengundi Hantu

KOTA KINABALU, 25 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pengundi hantu pada pengundian Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah esok. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kesemua data pemilih yang didaftarkan pihaknya diperoleh dari Jabatan Pendataran Negara (JPN). “Maknanya mereka terdiri dari warga Malaysia, jadi tidak timbul ada pengundi halimunan dan sebagainya, data kita adalah data rasmi […]

» Read more

Sindrom September: MP UMNO Nafi Sokong Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian. Mahdzir menafikan perkara tersebut menerusi status yang dimuat naik di laman sosial facebooknya, hari ini. Selain […]

» Read more
1 203 204 205 206 207 312