Malaysia Bakal Penerima Utama Vaksin COVID-19 Dibangunkan China – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 13 Okt – China bersetuju menyenaraikan Malaysia sebagai penerima utama vaksin COVID-19 yang dihasilkan negara itu sebaik ia berjaya dibangunkan kelak, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Luar itu mengumumkan perkara berkenaan pada sidang media bersama selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, di sini, Selasa. “Kami mengalu-alukan dan menghargai komitmen China […]

» Read more

PKPB/PKPD: Ambil Peluang Moratorium Dan Bantuan Bersasar – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata apa jua pandangan berkaitan moratorium, yang jelas ketika ini kerajaan dan institusi perbankan tidak bersedia melaksana moratorium secara pukal. Tetapi pada masa yang sama katanya, perlu diingat bahawa moratorium dan bantuan bersasar sebenarnya sudahpun berjalan. “Terbaru, rujuk laporan berita semalam yang memberi sinar kepada mereka yang terkesan dari […]

» Read more

Kes Bicara Zahid Hamidi: Soalan Sama Ditanya Pada Saksi Ke-90

KUALA LLUMPUR, 12 Okt – Selepas lebih dua minggu prosiding perbicaraan membabitkan Presiden UMMO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan, kes perbicaraan bersambung hari ini dengan tetap menampilkan saksi pendakwa yang sama iaitu Mejar Mazlina Mazlan. Mazlina adalah saksi ke-90 yang masih belum dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah yang bersidang di hadapan Hakim Collin […]

» Read more

COVID-19 : Polis Labuan Buru Penyebar Khabar Angin

LABUAN, 10 Okt – Polis kini memburu seorang individu yang menggunakan media sosial iaitu aplikasi WhatsApp untuk mewujudkan rasa takut dan panik dalam kalangan masyarakat dengan menyebarkan khabar angin bahawa terdapat kluster baharu COVID-19 sekurang-kurangnya di 14 kawasan di pusat bandar dan pinggir bandar. Ketua Polis Labuan Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata individu itu didakwa telah menghantar satu pesanan ringkas pada […]

» Read more

37 Lokasi Tanah, Jalan Runtuh Akan Dibaiki Segera

GUA MUSANG, 10 Okt – Jalan di 37 lokasi kejadian tanah dan jalan runtuh melibatkan laluan sejauh 20 kilometer dari Pos Hendrop ke Pos Tuel di sini akan dibaiki segera dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata kerja membaiki jalan yang rosak itu penting bagi membantu memudahkan urusan harian penduduk Orang Asli yang […]

» Read more

PRK Batu Sapi: BN Utamakan Kesejahteraan Rakyat, Enggan Terikut ‘Political Desicion’ Warisan – Noraslina

KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Barisan Nasional (BN) telah mengambil keputusan yang tepat apabila tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi lantaran memikirkan keutamaan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat, tegas Exco Wanita UMNO, Datuk Noraslina Zainal Abidin. Katanya, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam adalah sesuatu yang amat […]

» Read more

BN Tidak Sertai PRK Batu Sapi Demi Kesejahteraan Rakyat, Elak COVID-19 Menular – Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Okt. – Barisan Nasional (BN) telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, maklum Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, keputusan ini dibuat kerana BN merasakan COVID-19 hendaklah dielakkan dari menular, sekiranya PRK itu diadakan sebagaimana yang dialami sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu. “BN menyerahkan kepada kebijaksanaan […]

» Read more

Syor Untuk BN Dan PN Tidak Bertanding Di Batu Sapi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan sebarang calon untuk bertanding di Parlimen Batu Sapi Sabah berikutan kematian Ahli Parlimen Mendiang Datuk Liew Vui Keong. Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini mengambil kira kegawatan penularan Pandemik COVID-19 […]

» Read more

Dewan Rakyat Maklum Kekosongan Kerusi Parlimen Batu Sapi Kepada SPR

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P. 185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh […]

» Read more

JKR Sabah Digerakkan Secara Pro Aktif Pantau, Perbaiki Jalan Runtuh Ekoran Hujan Lebat – Bung

KOTA KINABALU, 6 Okt – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya telah meminta Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jurutera daerah untuk memantau keadaan dan mengambil tindakan jalan-jalan raya yang mengalami kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan yang terjejas akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Katanya, tindakan segera perlu diambil terutama di jalan-jalan raya yang […]

» Read more
1 201 202 203 204 205 312