Mazlan Bujang Umum Letak Jawatan, Keluar PPBM… Sokong BN

JOHOR BAHRU, 27 Jan – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Mazlan Bujang hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor itu berkata turut sama meletakkan jawatan ialah 22 Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau. Menurut Mazlan, beliau kini tidak menjadi […]

» Read more

Rancangan Bina Pelabuhan Baharu Di Kudat Diteruskan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 26 Jan – Kerajaan Sabah akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah pelabuhan baharu di Kudat bagi merancakkan ekonomi setempat dan melonjakkan hasil pendapatan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata sebelum ini rancangan tersebut tertangguh, namun ia akan diteruskan memandangkan daerah berkenaan berpotensi dibangunkan selain lokasinya yang stategik bagi pembangunan ekonomi berasaskan pelabuhan. […]

» Read more

Tengku Adnan Tolak Dakwaan UMNO/BN Tamak, PRN Johor Demi Rakyat… Jangan Lupa Janji Manis PRU14

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak dakwaan negatif terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat. Tegas beliau, semua dakwaan negatif terhadap UMNO/BN tidak benar kerana parti terbabit tetap akur dengan Perlembangaan dan yakin dengan keluhuran undang-undang. […]

» Read more

PRN Johor: BN Boleh Guna Pendekatan Sama Seperti PRN Melaka – Mahdzir

KOTA BHARU, 26 Jan – Barisan Nasional (BN) boleh mengambil pendekatan yang sama untuk digunakan semasa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menghadapi PRN Johor kelak kerana strategi yang digunakan membuktikan kejayaan itu berpihak kepada parti itu. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata namun begitu apa jua strategi yang diambil akan diberikan sokongan padu oleh jentera parti. […]

» Read more

PRN Johor: UMNO Sasar Tanding 42 Kerusi – Mohamad

KUALA LUMPUR, 24 Jan – UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan. “Minimum UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. Mengenai kerjasama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRN […]

» Read more

Kerja Kuat, Gigih Supaya BN Berjaya Kembali Terajui Negeri Johor – Khaled

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan bahawa perkara yang paling penting pada ketika ini adalah usaha keras bagi memastikan negeri Johor kembali diterajui Barisan Nasional (BN). Dalam hal ini, beliau memaklumkan keputusannya yang diambil untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat tanpa teragak-agak. “Keputusan ini saya buat tanpa teragak-agak […]

» Read more

MEDAC Sasar Lebih Banyak Coop Mart Bantu Ringankan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak kedai koperasi (Coop Mart) yang menawarkan barangan dengan harga lebih murah dari pasaran. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata sasaran menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu adalah sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya koperasi memainkan peranan membantu rakyat yang […]

» Read more

Jumlah Pengundi Di Johor Bertambah 28 Peratus Kepada Kira-Kira 2.5 Juta

JOHOR BAHRU, 23 Jan – Jumlah pengundi di negeri ini mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti politik bertanding. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertambahan itu berikutan pendaftaran pengundi (Undi18) diwartakan secara automatik menjadikan jumlah pengundi untuk Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

BN Johor Yakin Peluang Besar Menang PRN

JOHOR BAHRU, 22 Jan – Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO hari ini menzahirkan keyakinan mempunyai peluang besar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus membentuk kerajaan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pihaknya juga bersedia untuk meletakkan lebih ramai calon berbanding ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Beliau berkata jentera parti seluruh Johor […]

» Read more

Bubar DUN Kerana Perlu Mandat Baharu Untuk Kemajuan Dan Rancakkan Pembangunan Negeri

JOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diperlukan bagi mendapat mandat baharu daripada rakyat Johor untuk menjadikannya sebuah negeri yang maju dan rancak dengan pembangunan. Beliau berkata kerajaan yang kuat akan dapat membantu negeri dan rakyat Johor menjadi lebih maju berdasarkan kedudukan strategik dan potensi negeri ini. “Jadi untuk […]

» Read more
1 124 125 126 127 128 309