Mazlan Bujang Umum Letak Jawatan, Keluar PPBM… Sokong BN

JOHOR BAHRU, 27 Jan – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Mazlan Bujang hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor itu berkata turut sama meletakkan jawatan ialah 22 Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau.

Menurut Mazlan, beliau kini tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi menyokong Barisan Nasional (BN).

“Saya juga mengambil pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohamad untuk memimpin semula negeri Johor dan mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri Johor yang lebih baik untuk kebaikan rakyat Johor.

“Keputusan ini saya buat berdasarkan keperluan untuk mewujudkan semula kerajaan negeri yang stabil, kepimpinan yang diyakini dan juga berdasarkan kegagalan dua kepimpinan menteri besar sebelum ini mentadbir negeri Johor dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.