KPLB Sedia Bekerjasama Dengan SPR Jika MRSM Digunakan Sebagai Pusat Pengundian – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu. “SPR adalah sebuah badan […]

» Read more

Peningkatan Kes COVID-19, Program Kerajaan Melaka Berjalan Seperti Biasa – Ketua Menteri

MELAKA, 20 Feb – Kerajaaan negeri akan meneruskan program rasminya seperti biasa buat masa ini mengikut prosedur operasi standard (SOP), meskipun berlaku peningkatan kes harian COVID-19 di Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini termasuk Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 28 Feb hingga 3 Mac ini. “Buat masa ini juga semua penjawat awam […]

» Read more

Pembukaan Sempadan Negara Dijangka Awal Suku Tahun Kedua

BATU PAHAT, 19 Feb – Awal suku tahun kedua tahun ini merupakan garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi masa dua minggu kepada beliau dan Kementerian Kesihatan (KKM), untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan. Namun jelasnya ini tidak bermakna sempadan negara akan […]

» Read more

BN Jelas Dengan Konsep Perkongsian Kuasa – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU, 19 Feb – Barisan Nasional (BN) sangat jelas dengan konsep perkongsian kuasa berbanding segelintir parti-parti politik lain yang bertelagah ketika berunding mengenai pembahagian kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengambil contoh PKR dan MUDA, beliau mendakwa disebabkan keduanya tidak memahami formula perkongsian kuasa yang diamalkan BN, […]

» Read more

KKMM Minta Syarikat Telekomunikasi Labur Semula, Naik Taraf Liputan Dan Perkhidmatan

KLUANG, 19 Feb – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meminta syarikat telekomunikasi melabur semula dan menaik taraf liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya menjadi lebih berkualiti. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata syarikat telekomunikasi perlu lebih serius dalam perkara berkenaan untuk kepentingan pengguna. “Saya mahu telcos (syarikat telekomunikasi) semua lebih serius untuk melabur. Tolong melabur semula, walaupun saya tahu (mereka) kena […]

» Read more

PRN JOHOR: KKMM Giatkan Usaha Ajak Orang Ramai Mengundi – Zahidi

zahid

KOTA TINGGI, 19 Feb – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menggiatkan usaha bagi memastikan sasaran 70 peratus rakyat keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan, tercapai. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata KKMM melalui pelbagai agensinya akan melaksanakan kempen kesedaran mengenai kepentingan mengundi termasuk menerusi media sosial. “KKMM akan mengadakan kempen berhubung […]

» Read more

Ingat-ingatlah Sebelum Dipatuk Lagi Di Lubang Yang Sama – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 18 Feb – “Ingat-ingatlah sebelum dipatuk lagi di lubang yang sama,” demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pesanan agar rakyat tidak tersalah pilih dalam menentukan pemimpin. Beliau melalui kenyataan dalam laman Facebooknya dengan menyertakan berita bergambar bertajuk, ‘Nak baiki sekolah daif di Sarawak pun Lim Guan Eng suruh Kerajaan Negeri bayar […]

» Read more

G-Smart Tuisyen, Program Makanan Percuma Dapat Suntikan RM3.45 Juta

IPOH, 18 Feb – Sebanyak RM3.45 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi melaksanakan Smart G- Tuisyen dan Program Makanan Percuma kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata peruntukan turut disumbangkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antaranya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM1 […]

» Read more

MB Kedah Hati-hati Ketika Bercakap, Jangan Tiru Acuan PH – Johan Rizal

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor untuk berhati-hati memberikan kenyataan dan tidak meniru acuan Pakatan Harapan (PH) yang seringkali bertindak sebagai pemecah belah. Beliau berkata demikian sebagai reaksi apabila pemimpin PAS itu di Johor yang mendakwa bahawa sekiranya […]

» Read more

VTL Udara, Darat Brunei-Malaysia Hasil Lawatan Dua Hari PM Ismail Sabri Ke Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) serta pengiktirafan untuk menggunakan MySejahtera dan BruHealth merupakan dua perkara utama yang diputuskan semasa lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Brunei bermula Isnin. Persetujuan yang dicapai di peringkat dasar hasil pertemuan empat mata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah itu sekali gus […]

» Read more
1 120 121 122 123 124 309